Page 26 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 26

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                               MODUL CELIK KRAF (MCK)
                                Azlina Abdul Rani, Zaharah Mohamad, Dr. Azizah Suleiman
                                         Nor Azizah Atan, Dr. Hairul Faiezi Lokman
                                                  IPG Kampus Ilmu Khas

                                                          SINOPSIS

                        Modul Celik Kraf (MCK) adalah bagi meningkatkan kemahiran membuat kraf
                        doh berbantukan kit inovasi dan  kod QR yang mudah dan praktikal.            MCK
                        dilaksanakan  semasa  pandemik  COVID-19  bagi  membantu  kanak-kanak,
                        orang  dewasa  dan  Murid  Berkeperluan  Khas  (MBK)  dalam  menghasilkan
                        produk kraf dengan lebih inovatif dan berkesan. Ini seiring dengan Revolusi
                        Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak
                        bertindak  pantas  seiring  dengan  pembangunan  pesat  dalam  produk
                        berteknologi lebih pintar. Semasa dunia dilanda pandemik COVID-19, MCK
                        telah  dilaksanakan  dalam  Bengkel  Artability  yang  menggunakan  platform
                        YouTube. Bengkel ini mendapat respon dan tontonan yang tinggi. Keunikan
                        idea bagi kit inovasi MCK ini merangkumi sebuah modul dalam bentuk kit dan
                        kod QR. MCK sangat mesra pengguna, kos yang murah, ringkas dan mudah
                        didapati di rumah. Modul ini sangat efektif dapat digunakan oleh sesiapa pun
                        dan  praktikal  digunakan  oleh  semua  peringkat  masyarakat.  Hasil  daripada
                        pelaksanaan  inovasi  ini,  kemahiran  pembuatan  kraf  doh  telah  dapat
                        dikembangkan  dengan  jayanya.  Ia  dapat  menyumbangkan  aktiviti  bagi
                        masyarakat  yang  terpaksa  berada  di  rumah  sepanjang  Perintah  Kawalan
                        Pergerakan (PKP). Dengan adanya norma baharu, MCK dapat dimanfaatkan
                        secara optimum.

                        RASIONAL PROJEK

                        Tinjauan awal melalui pemerhatian di Pusat Program Pemulihan Masyarakat
                        (PPDK)  menunjukkan  kemahiran  kawalan  psikomotor  murid  tidak  mencapai
                        tahap  yang  memuaskan  Hanya  sedikit  aktiviti  membuat  doh  sederhana
                        pencapaian murid untuk aktiviti yang melibatkan beberapa kraf doh sederhana
                        sangat tidak memuaskan.

                        Tinjauan  awal  yang  dilakukan  menggunakan  borang  soal  selidik  google
                        semasa e-CPD Bengkel Artability menunjukkan para peserta tidak yakin hasil
                        kerja peserta tidak kemas terdapat kekurangan peralatan.

                        Masalah utama yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas dan peserta di e-
                        bengkel semasa menjalankan aktiviti membuat doh adalah penyediaan bahan
                        dan proses penghasilan kraf yang tidak tepat.








                                                               17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31