Page 31 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 31
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Hasil kraf doh murid di PPDK telah dipasarkan kepada masyarakat sekali gus
telah dapat menjana pendapatan. MCK juga telah membuat perjanjian
usahasama bersama Koperasi IPGKIK Sdn. Bhd. dan dalam masa terdekat
akan dipasarkan. Impak kepada PdP MBK adalah dapat meningkatkan
kemahiran motor halus, mata, tangan khasnya. Selain itu, terciptanya inovasi
ini adalah seiring dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) iaitu dari aspek pemikiran kreatif dan inovatif. Kemampuan
menginovasi, menjana kemungkinan baharu dan mencipta idea atau
pengetahuan baharu bagi menyuburkan kemahiran berfikir. Terlaksananya
inovasi ini dapat menzahirkan hasrat tersebut merangkumi pihak murid dan
guru yang kreatif dan inovatif dalam PdP.
Projek inovasi ini telah mengembangkan potensi internet kebendaan (Internet
of Things) bukan sahaja kepada murid aliran perdana, para guru malah juga
kepada MBK. Internet kebendaan ini diintegrasikan melalui penggunaan
medium rangkaian media sosial (Learning Management System)
menggunakan aplikasi Youtube dan janaan kod QR.
Melalui inovasi ini, murid dapat mengembangkan potensi bakat serta
kemahiran dalam menghasilkan kraf doh bersama dengan rakan-rakan.
Pontensi yang berkembang dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan
sepanjang inovasi ini dihasilkan. Misalnya semasa murid sedang
menghasilkan bentuk acuan dan mewarna doh, murid telah berinteraksi
bersama rakan-rakan tentang kekreatifan dan karya yang sedang mereka
lakukan. Kemahiran sosial juga turut diterapkan apabila murid bertukar-tukar
idea dalam penghasilan karya kraf doh bersama rakan-rakan. Hal ini turut
berlaku kepada MBK apabila mereka saling berinteraksi dengan kaedah
interaksi kendiri (special interaction for disability) semasa penghasilan kraf
doh.
Graf Kajian sebelum dan selepas penggunaan Modul Celik Kraf
22

