Page 27 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 27

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021

































                        Objektif projek

                         i.  Murid  berkeperluan  khas  (MBK)  menghasilkan  kraf  doh  untuk
                             menjalankan  aktiviti  penerokaan  dan  menjadikan  penjualan  kraf  doh
                             sebagai sumber kewangan mereka.

                         ii.  Murid arus perdana yang memerlukan satu produk yang sesuai untuk
                             pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Inti utama Revolusi
                             Industri  4.0  adalah  Kecerdasan  Buatan  (AI)  di  mana  produk  perlu
                             diinovasikan,  yang  mampu  meningkatkan  pembelajaran  tentang
                             persekitaran, meningkatkan hubungan orang, peralatan fizikal dan dunia
                             digital.

                        iii.  Membantu  masyarakat  umum  menghasilkan  pelbagai  jenis  kraf  doh
                             dalam industri kecil.

                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Modul ini telah dilaksanakan dengan menggunakan konsep PDCA iaitu Plan,
                        Do,  Check  dan  juga  Act  berdasarkan  kepada  strategi  penyelesaian  Model
                        McKernan  (1994).  Dalam  modul  ini,  kit  MCK  telah  diperkenalkan  bagi
                        kegunaan  menghasilkan  kraf  doh.  Di  samping itu,  kaedah  pelaksanaannya
                        juga boleh diakses melalui saluran YouTube pada bila-bila masa. Pandemik
                        COVID-19 telah menyebabkan pelaksanaan inovasi MCK telah diubah suai
                        supaya  berkemampuan  digunakan  oleh  masyarakat  dan  MBK  khususnya,
                        yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di rumah.



                                                               18
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32