Page 59 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 59
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Hasil daripada pembahagian tukadan mengikut tema, kajian ini seterusnya
akan dilaksanakan dalam aktiviti pengajaran dalam bilik darjah.
Tindakan kajian yang seterusnya: pelaksanaan inovasi pengajaran tukadan
berdasarkan kelompok tema.
Inovasi akan disesuaikan dan digabungjalinkan dengan PAK 21 serta IR 4.0
berbantukan komputer, telefon pintar serta pautan Internet agar
memudahkan PdPc.
TUKAD SNaPPP merupakan hasil reka cipta asli yang datang melalui ilham
ahli-ahli pasukan inovasi dari IPGK Gaya. Ilham ini datang apabila mencari
penyelesaian untuk mengatasi masalah guru yang menghadapi kesukaran
untuk membantu murid menguasai sebanyak 123 Tukadan Boros yang
disenaraikan dalam buku Puralan Boros.
PENGGUNAAN
i. Senarai tukadan boros sebanyak 123 tukadan daripada Buku Puralan
Boros telah dikelompokkan kepada empat tema utama berdasarkan fungsi
tukadan iaitu Tema Sindiran, Nasihat dan Pedoman, Pujian dan
Perbandingan.
ii. Keempat-empat tema utama ini telah dibahagikan mengikut warna iaitu
warna merah (Sindiran), warna hijau (Nasihat dan Pedoman), warna kuning
(Perbandingan) dan warna biru (Pujian) untuk memudahkan guru dan
murid mengingati kelompok tema.
iii. Senarai 123 tukadan yang telah ditemakan ini diberikan akronim SNaPPP.
iv. Kit SNaPPP telah dihasilkan dalam bentuk buku lamina yang diikat dalam
cincin (klip) pengikat yang mudah dibuka dan diasingkan. Tujuannya adalah
agar memudahkan pelajar dalam penggunaan Kit SNaPPP secara individu
atau secara berkumpulan.
v. Untuk penambahbaikan dan kemasan, nota dalam bentuk ikatan kekunci
telah dibukukan dalam bentuk ring binding dan muka depan yang lebih
menarik.
50

