Page 61 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 61
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
iii. Penjimatan masa. Kelompok tema dalam Tukad SNaPPP menjimatkan
masa guru untuk menerangkan kesemua 123 tukadan. Bahan dapat
diakses dengan mudah dan cepat dan disimpan dalam telefon pintar.
iv. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan
komunikasi dua hala antara guru dengan murid; dan murid dengan murid.
v. Membolehkan guru mengajar dengan lebih kreatif dan menggunakan
pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21.
vi. Guru yang terlibat dalam penghasilan inovasi ini boleh berkongsi bahan
dengan mudah kepada guru-guru subjek bahasa Kadazandusun yang
lain.
Pembelajaran murid
i. Murid dapat mengakses senarai tukadan melalui Flipbook Tukad
SNaPPP.
ii. Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam PdPc.
iii. Murid boleh melakukan pembelajaran tukadan secara akses kendiri pada
bila-bila masa menggunakan telefon pintar.
Murid dapat menjalani pembelajaran secara aktif dan secara kolaboratif. Di
samping itu murid dapat belajar sambil bermain melalui aktiviti Didik Hibur dan
aktiviti PdPc PAK 21. Dengan erti kata lain, murid dapat menguasai elemen
4C yang sangat penting dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). 4C ialah
Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, Komunikasi, Kolaborasi dan
Kreativiti.
Tarikh inovasi dimulakan bermula dari September 2019 sehingga Mac tahun
2020 di sebuah sekolah di daerah Penampang, Sabah yang menawarkan
bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran elektif. Prestasi jawapan murid
menunjukkan peningkatan selepas menggunakan Tukad SNaPPP. Latihan
yang disediakan dalam peta minda SnaPP juga dapat membantu murid
menulis tukadan dengan lebih berfokus. Murid dapat menyenaraikan tukadan,
maksud tukadan dan membina ayat berdasarkan tukadan dengan cepat dan
tepat. Hampir semua murid mendapat markah penuh 8/8 selepas inovasi.
52

