Page 60 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 60
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Rajah 2: Buku Tematik Tukad SNaPPP
Bahan buku Tukad SNaPPP dialihkan dalam bentuk kod QR dan Flipbook
melalui link https://tinyurl.com/TUKAD-SNaPPP agar bahan ini lebih mesra
pengguna, mudah diakses dan dikongsi oleh guru dan murid serta lebih mesra
alam kerana tiada penggunaan kertas. Bahan dalam bentuk Flipbook QRC ini
juga didapati sangat relevan dalam situasi pendidikan global yang berdepan
dengan krisis COVID-19 kerana sekiranya guru dan murid hanya dapat
berinteraksi secara dalam talian, bahan ini masih dapat menyokong PdPc
guru.
Rajah 3: Kod QR dan Flipbook Tukad SNaPPP
Selain dalam bentuk buku dan Flipbook bahan pengayaan dalam “key chain
Tukadan” juga disediakan untuk mempelbagaikan kaedah PdPc yang selaras
dengan konsep Didik Hibur. Bahan ini mudah dibuka, dibawa dan disimpan.
IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR
Pengajaran guru
i. Pengurangan kos operasi kerana bahan telah dimasukkan dalam
ii. Flipbook Tukad SNaPPP.
51

