Page 11 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 11

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Masalah  murid  kurang  kemahiran  pemikiran  sejarah  dalam  aspek  elemen
                        asas  sejarah  telah  dikenalpasti  melalui  temu  bual  pensyarah  dan  guru
                        sejarah. Sesi brain storming telah dilaksanakan untuk strategi penyelesaian.
                        Adalah  dipersetujui  bahawa  kaedah  bermain  amat  sesuai,  khasnya
                        permainan  kad.  Cetusan  idea  datang  daripada  murid-murid  yang  bermain
                        Bingo sambil menunggu bas sekolah. Akhirnya, lahirlah idea JarGo.

                        Pasukan inovasi yang dibentuk untuk membina bahan JarGo ini mengambil
                        masa  satu  bulan.    Bahan  JarGo  terdiri  daripada  sebuah  kotak  kertas,
                        mangkuk kertas dan call list berkaitan topik-topik sejarah. Call list topik yang
                        telah disediakan adalah seperti berikut:

                            Zaman pra sejarah
                            Zaman air batu
                            Sejarah dan kita
                            Kembara asal usul negeri

                        Setelah produk inovasi  siap dibina, ia  telah disemak  oleh beberapa  orang
                        pensyarah Sejarah. Cadangan penambahbaikan yang diterima termasuklah
                        penambahan topik call list dan packaging produk inovasi perlu lebih menarik.
                        Cadangan dan pandangan telah diambil kira. Pengubahsuaian yang dilakukan
                        ialah dengan memasukkan call list topik baharu seperti di bawah:

                            Kedatangan kuasa luar
                            Ibu negeri
                            Uniknya seni kita
                            Keluarga harmoni


                        Kotak dan mangkuk kertas telah diganti dengan kotak dokumen plastik dan
                        mangkuk berwarna agar lebih menarik, tersusun dan kemas. Harga binaan
                        Jargo ialah RM42.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Dua sahaja)

                        Idea asal projek


                        Murid-murid  cenderung  untuk  belajar  sambil  bermain.  Dengan  menjalinkan
                        idea  permainan  Bingo  dan  mata  pelajaran  sejarah  maka  tercetuslah  idea
                        JarGo, iaitu gabungan perkataan SeJarah dan BinGo. Permainan Bingo dipilih
                        kerana murid-murid sudah biasa dengan peraturan permainan ini.




                                                                2
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16