Page 2 - Bab 7 : Usaha Ke arah Kemerdekaan
P. 2

United Malay Nation Organisation
          1946
                 •  UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar.

                 •  UMNO berusaha menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan hak bangsa Melayu dan

                    kedudukan Raja-raja Melayu.
                 •  UMNO menentang gagasan Malayan Union bagi memelihara status quo orang Melayu serta

                    kedaulatan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan “ Hidup Melayu ” .
                 •  Pada tahun 1951, slogan UMNO diubah kepada “ Merdeka ” , sejajar dengan perjuangannya

                    untuk kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan.



                                                                                  Pergerakan Pemuda Melayu


                 •  PPM lahir di Sibu berikutan kontroversi penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
                •   Anggota PPM rela berkorban jiwa untuk mendapatkan kemerdekaan penuh Sarawak.

                 •  Catatan “ Merdeka ” dalam surat-menyurat PPM menunjukkan matlamatnya untuk memerdekakan
                    Sarawak.
                 •  Anggota PPM menubuhkan pakatan sulit Rukun 13 untuk melancarkan pembunuhan ke atas

                    gabenor , pegawai British dan Datu Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak.
                 •  Penubuhan Rukun 13 menunjukkan kebencian PPM terhadap kuasa kolonial.



                                                                               Parti Kebangsaan Melayu Sarawak


                  •  Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
                 •  Pertubuhan ini mahukan Sarawak menjadi negeri merdeka seperti yang dijanjikan dalam

                    Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke dan menentang penyerahan Sarawak kepada British .


                                                                             Parti Keban  gsaan Melayu Labuan


                  •  . PKML dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.

                  •  Penubuhan PKML di Sabah dipengaruhi oleh perjuangan PKMM untuk mendapatkan

                     kemerdekaan Tanah Melayu.

                  •  PKML menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan British dan menuntut Sabah diberi

                     kemerdekaan.
                  •  Kesedaran kebangsaan untuk merdeka diberi oleh Zakaria Gunn melalui laungan “ Hidup
                     Melayu-Merdeka ” dalam suratnya kepada ahli PKML .




                                                                                    Malayan Indian Congress


                   •  MIC diasaskan oleh John Thivy .
                   •  MIC meletakkan objektif untuk bekerjasama dengan kaum lain dala   m usaha memperjuangkan
                      kemerdekaan Tanah Melayu .

                   •  MIC menegaskan bahawa kewarganegaraan yang tunggal kepada mereka yang menerima

                      Tanah Melayu sebagai tanah air dan sedia melafazkan taat setia kepada Tanah Melayu.








               © Hak cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
   1   2   3   4   5   6   7