Page 1 - Bab 7 : Usaha Ke arah Kemerdekaan
P. 1

Bab                      USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
                       7



                 7.1   LATAR BELAKANG IDEA NEGARA
                       MERDEKA

        1      Perkembangan politik antarabangsa dan serantau telah mempengaruhi   perkembangan politik di


               negara kita.
        2      Idea negara merdeka tercetus berikutan kesedaran politik yang berkembang dalam kalangan


               penduduk di negara kita.


        3      Penduduk tempatan yang mendukung pelbagai ideologi menginginkan kebebasan daripada
               penjajahan British.

        4      Walaupun berpegang kepada pelbagai idea negara yang merdeka, semua penduduk menjurus ke
               arah matlamat yang sama, iaitu mempertahankan kedaulatan negara


                                                                             Kesatuan Melayu Muda


                  •   KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.
                  •   KMM memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya, iaitu penyatuan
                      bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan
        1938          bahasa yang menjadi rumpun yang sama .
                  •   Selepas KMM diharamkan oleh British, idea Melayu Raya diteruskan dalam perjuangan
                      Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung ( KRIS ) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (
                      PKMM ).



                                                                              Parti Kebangsaan Melayu Malaya


                      •   Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman. Matlamatnya
        1945
                          ialah menanam semangat kebangsaan dan bekerjasama dengan kaum lain untuk membentuk

                          perpaduan

                      •   Mereka memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya dan menggunakan slogan
                          “merdeka” dan berhasrat mendaulatkan hak rakyat dalam politik, ekonomi, agama, social dan

                          kebudayaan
                                                                                   Angkatan Pemuda Insaf

         1946

                  •   API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

                  •   API memperjuangkan idea negara merdeka yang menekankan pemerintahan demokrasi, dasar
                      ekonomi yang mengutamakan rakyat , dan keadilan sosial.
                  •   Risalah Testament Politik API pada bulan Disember 1946 menggunakan slogan “ Merdeka

                      dengan Darah ” .
                  •   API menyeru supaya perjuangan diteruskan melalui kekerasan jika   jalan terbuka secara lembut
                      gagal mencapai matlamat perjuangannya.
                  •   Pendekatan dan imej API yang radikal menyebabkan British mengharamkannya.










               © Hak cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
   1   2   3   4   5   6