Page 3 - Bab 7 : Usaha Ke arah Kemerdekaan
P. 3

Malayan Indian Congress
       1947

               •   Hizbul Muslimin lahir berikutan perhimpunan Majlis Agama Islam Tertinggi ( MATA )  yang

                   diterajui oleh ulama berpengaruh seperti Abu Bakar al-Baqir, Sheikh Fadhlulah Suhaimi dan

                   Sheikh Abdullah Fahim .
               •    MATA pula lahir berikutan perhimpunan rakyat di Maahad al-Ehya Assharif , Gunung

                   Semanggol, Perak.

               •   Matlamat perjuangan Hizbul Muslimin ialah untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu

                   sebagai sebuah negara Islam .
               •   Asas perjuangan Hizbul Muslimin tidak disenangi oleh British menyebabkannya diharamkan.




                                                                                   Malayan Indian Congress


      1949
               •   MCA dipimpin oleh Tan Cheng Lock.
               •    Beliau menegaskan bahawa tugas MCA ialah untuk menjadikan Tanah Melayu yang berbilang

                   kaum sebagai negara yang berdemokrasi penuh.

               •   Bagi mencapai matlamat tersebut, MCA berusaha menyatukan masyarakat Cina dan

                   bekerjasama dengan semua kaum di Tanah Melayu bagi mencapai kemerdekaan Tanah

                   Melayu.


                                                                         Parti Islam Se-Tanah Melayu ( PAS )
               `
      1951

             •    PAS ditubuhkan berikutan usaha untuk meneruskan perjuangan idea negara Islam .

             •  Yang Dipertua PAS, Dr. Burhanuddin al-Helmi , menegaskan bahawa PAS bercita-cita membina

                satu negara dan satu bangsa yang teguh dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

                 bahasa rasmi yang tunggal.
             •  Kemerdekaan bagi PAS pula ialah  Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam .



                                                                          Independence of Malayan Party ( IMP )


             •   IMP diasaskan oleh Dato’ Onn bin Jaafar untuk melaksanakan idea “ Tanah Melayu untuk Malayan

                  ”.
             •   Pemikiran politik Dato’ Onn terarah kepada perpaduan kebangsaan selepas tahun 1949 .

             •      Bagi beliau, tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain yang telah

                 diterima sebagai rakyat Tanah Melayu.

             •   Dato’ Onn mahu orang Melayu menjadi pemimpin kepada bukan Melayu yang turut mempunyai

                 hak dalam politik dan ekonomi.
             •  .  .
                                                           Kesimpulan

                    1. Wujud pelbagai idea negara merdeka di negara kita, semuanya mempunyai matlamat yang

                        sama iaitu untuk mempertahankan negara  dari ancaman kuasa Barat
                    2. Ia tercetus secara menyeluruh yang mempunyai pelbagai ideologi terhadap kebebasan

                        daripada kolonial barat





               © Hak cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
   1   2   3   4   5   6   7   8