Page 9 - Bab 7 : Usaha Ke arah Kemerdekaan
P. 9

7.4    SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


          1      Semasa negara kita di bawah pemerintahan British, sistem
                 persekolahan berkembang mengikut kaum.

          2      Terdapat sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda
                 sebagai bahasa pengantar, iaitu sekolah vernakular Melayu,
                 sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil, di samping
                 sekolah Inggeris dan sekolah aliran agama.

          3      Persekolahan di Sarawak dan Sabah pula terbahagi kepada
                 sekolah vernakular Melayu, sekolah Cina dan sekolah mubaligh
                 Kristian.

          4      Sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan
                 kurikulum yang berlainan mewujudkan jurang perbezaan dan
                 menghalang perpaduan rakyat berbilang kaum ke arah
                 membentuk satu identiti bangsa dan negara.










                          Laporan Barnes 1951



                    (a)    Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes menekankan kepentingan

                           sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa penduduk yang menumpukan taat
                           setia kepada Tanah Melayu.

                    (b)    Antara kandungan Laporan Barnes ialah :
                       •   Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa

                           pengantar.
                       •   Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.



                            Laporan Fenn-Wu


                    (a)     Jawatankuasa Fenn-Wu dibentuk untuk mengkaji pendidikan Cina berikutan bantahan
                            masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes.
                    (b)     Laporan Fenn-Wu mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah Cina

                    (c)     sebagai institusi yang memberi faedah kepada penduduk Tanah Melayu.

                            Antara kandungan Laporan Fenn-Wu ialah :


                        •   Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan.
                        •   Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu.




               © Hak cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14