Page 83 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 83

Murid murid dinasihatkan supaya teruskan amalkan kebersihan diri yang tinggi seperti
               kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jarak sosial yang selamat iaitu

               sekurang-kurangnya  1  meter  (social  distancing).  Ini  penting  dalam  memutuskan  rantaian
               penularan COVID-19 di dalam masyarakat.




               1.2 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 ( SEBELUM BALIK)




               Murid  murid  dinasihatkan  untuk  terus  mempraktikkan  normal  dan  kebiasaan  baharu  semasa
               berada di kawasan sekolah. Kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID19
               sekiranya normal dan kelaziman baharu ini dijadikan satu amalan dalam kehidupan seharian,

               antaranya:




                • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang
               sempit  (Confined  space)  dan  elak  sembang  atau  bertutur  dengan  jarak  yang  dekat  (Close
               conversation).


               • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan
               memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear),
               dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:


                   ➢  Elak bersalaman / bersentuhan;
                   ➢  Amalkan etika batuk dan bersin;
                   ➢  Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

                   ➢  Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
                   ➢  Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.



               Selain itu, KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat-nasihat kesihatan
               yang telah dikeluarkan kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai. Pada hakikatnya,

               peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke penghujungnya. Oleh
               itu, Langkah-langkah berikut boleh membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.


                   -   Setelah habis sisi persekolahan, terus balik ke rumah. Jangan singgah di mana mana
                       untuk mengelakkan jangkitan virus.
                   -   Sejurus sampai di rumah, terus mandi dan bersihkan diri dengan sabun.
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88