Page 86 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 86
2.0 KEROHANIAN
Sumber : Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
2.1 Modul 1
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi…. disini ingin saya kongsikan tips menghadapi Covid
19 menurut perspektif islam...kepada semua warga sekolah pada pagi ini sebagai panduan dan
pedoman kita bersama.
Sebagai orang yang beriman…Kita haruslah sentiasa Bersikap POSITIF dan mendekatkan diri
kepada Allah SWT
“ Sekiranya anda diuji dengan virus covid 19, senantiasalah bersikap positif dan
bersangka baik terhadap Allah SWT, semua yang ditentukan Allah SWT ada kebaikan dan
hikmah tertentu, sama ada kita sedari atau sebaliknya.”
Ini kerana :
1. Musibah merupakan penghapus dosa.
Rasullullah SAW bersabda : “Musibah (ujian) tidak akan berhenti menimpa seseorang
hamba sehingga dia berjalan di atas muka bumi dengan tidak mempunyai dosa .“
(Riwayat al Tirmizi : 2398)
2. Tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Rasullullah SAW bersabda : Apabila Allah SWT mengasihi sesuatu kaum,maka Dia akan
mendatangkan ujian kepada mereka. (Riwayat al Tirmizi : 2398)
3. Allah menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian kepada kita.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya : dan Ia
Maha Kuasa (membalas amal kamu). lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang
bertaubat). Surah al Mulk 67 : 2.
“ Sentiasa BERSANGKA BAIK terhadap ALLAH SWT ketika dalam APA JUGA KEADAAN
termasuk pandemik Covid 19.

