Page 88 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 88
2.2 MODUL 2
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi…. disini ingin saya kongsikan tips menghadapi Covid
19 menurut perspektif islam...kepada semua warga sekolah pada pagi ini sebagai panduan dan
pedoman kita bersama.
Persoalan ?
Kenapa Allah menjadikan ujian dan bala seumpama virus Corona ini, sedangkan Allah
SWT sesekali tidak akan menzalimi makhluk-Nya, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah
al-Imram, ayat 108, maksudnya ; dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman
kepada sekalian makhluk-Nya. Demikian juga disebutkan dalam sebuah hadith al-Qudsi,
maksudnya; Wahai hamba ku, sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman ke atas ku….
Kesusahan, musibah yang berlaku sebagaimana disaksikan sama sekali bertentangan dengan
apa yang ada pada sifat rahmah dan penyayang Allah SWT terhadap hamba-Nya.
Bagi menangani persoalan seumpama ini, seseorang perlu mengetahui bahawa baik dan
buruk hanya dinisbahkan kepada manusia. Adapun sekiranya dinisbahkan kepada Allah
SWT,kesemua ketentuan (al-Qadar) semuanya adalah baik, kerana Allah SWT tidak menjadikan
sesuatu makhluk melainkan kerana rahmah dan hikmah yang tertentu.
Bentuk keadilan antara makhluk kadangkala dilihat dari sisi pandang manusia sebagai
perkara yang buruk, namun realiti sebenar adalah kebaikan yang Allah berikan buat mereka,
sama ada bagi menguji dan mencuba mereka agar mereka menjadi hamba-Nya yang sabar, di
mana dengan itu darjat mereka akan diangkat oleh Allah SWT.
Kadangkala ujian dan cubaan itu adalah untuk memperbetulkan manusia, yang akan
mendorong mereka untuk bertaubat dan memohon keampunan, seterusnya melakukan perkara-
perkara yang diredhai Allah ke atas mereka. Demikian lah maksud firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah, ayat 216, mafhumnya: dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik
bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),
Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak Mengetahuinya.

