Page 24 - tmp
P. 24
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda (SKKKM) adalah sebuah sekolah yang berada di dalam Daerah Kuala Muda / Yan dan
terletak kira-kira 25 Kilometer dari bandar Sungai Petani Kedah. SK Kota Kuala Muda juga turut dikategorikan sebagai sekolah
luar bandar. Sekolah ini mempunyai keluasan tanah kira-kira 2.3 ekar atau 0.931 hektar.
SK Kota Kuala Muda keseluruhannya mempunyai empat blok, di mana blok A adalah bangunan Pendidikan Khas. Blok ini
adalah blok yang baharu digunakan mulai awal tahun 2015 adalah Kelas Pendidikan Khas yang terdiri daripada 4 kelas iaitu
Harapan, Harapan 1, Harapan 2 dan Harapan 3, manakala blok B aras bawah menempatkan pelajar tahun 2 Tekun, 2 Bijak, Bilik
Guru 2, Surau dan Tandas Murid , aras dua terdapat Pejabat Pentadbiran, Pusat Akses, Bilik Guru 1 , Pusat Sumber Sekolah,
Bilik Tayangan, Bilik Kaunseling dan Tandas Guru dan aras tiga menempatkan pelajar tahun 6 Cerdik , 6 Tekun, 6 Bijak , 5 Tekun
, Bilik Pemulihan dan Bilik j-QAF. Blok C pula menempatkan pelajar tahun 1 Tekun, 1 Bijak, 2 Cerdik dan Prasekolah. Sementara
blok D di tingkat 3 menempatkan pelajar tahun 4 Tekun, 4 Bijak, 5 Bijak, tingkat 2 pula menempatkan tahun 3 Tekun, 3 Bijak , 5
Cerdik dan Tandas Guru. Tingkat bawah menempatkan Bilik Sains, bilik Kemahiran Hidup dan Tandas VIP. Sekolah ini juga
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bilik khas seperti Makmal Komputer, Pusat Akses, Bilik Sains , Bilik Kemahiran Hidup
, Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan juga Kelas Pendidikan Khas.
Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Guru Besar dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan
Penolong Kanan Kokurikulum serta disokong oleh Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi N11, seorang Juruteknik Komputer dan
tiga orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda (Lelaki) dibina pada tahun 1930 yang dipindahkan dari sekolah yang terletak berhampiran
Sungai Muda iaitu bangunan lama yang telah dirobohkan.
Pada tahun 1923 Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda (Perempuan) telah dibina dan sekolah itu masih ada sehingga
sekarang
Pada Tahun 1973 kedua-dua sekolah ini telah digabungkan menjadi Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda hingga sekarang.
Bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik terutama peperiksaan UPSR srategi yang telah dilaksanakan antaranya
mengadakan kelas tambahan, latih tubi, kem motivasi, kelas intensif serta perjumpaan waris
Pencapaian terbaik UPSR sehingga kini ialah pada tahun 2011 dimana 14 orang murid mendapat 5A, peratus kelulusan semua
matapelajaran 78.70 % dan gred purata sekolah ialah 2.11
SURAU AR-RASYIDDIN
Pembinaan surau Sk kota Kuala Muda bermula pada tarikh 24 November 2018. Dengan gagasan guru besar iaitu En. Md Rosidi
bin Saad pembinaan surau ini bermula dengan pemunggahan tempat letak kereta pentadbir Sk Kota Kuala Muda sebagai tapak
pilihan surau. Semua dilakukan dengan kerjasama secara gotong royong dari warga Sk Kota Kuala Muda diketuai oleh En. Jamil
bin Hashim.
Surau ini berkeluasan 30 kaki x 30 kaki tidak termasuk tempat wudhuk perempuan. Surau ini boleh menampung jemaah
sekitar 100 orang pada satu-satu masa. Kos pembinaan surau ini mencecah hampir RM50.000 termasuk sedikit kos upah kerja-
kerja yang rumit. Semua kos pembinaan ini kebanyakannya adalah dari hasil sumbangan orang ramai termasuklah dalam
kalangan warga Sk Kota Kuala Muda yang tidak putus-putus menyumbang. Paparan iklan juga dilakukan seperti memasang
banner dan juga di media sosial/facebook bagi mendapat sumbangan. Bank Persatuan juga turut menyumbang sebanyak
RM5000. Ada juga di kalangan individu-individu yang menyumbang hampir RM10.000.
Walaupun pembinaan surau ini mengambil masa yang agak lama kerana ianya dilakukan secara sedikit demi sedikit
dan kekurangan kepakaran, akhirnya pada tarikh 22 Ogos 2019, termeterailah perasmian Surau Ar-Rasyidin dengan jayanya.
Perasmian ini disempurnakan oleh Hj. Ismail bin Osman Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
SK KOTA KUALA MUDA 10

