Page 29 - tmp
P. 29
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
tempoh yang ditetapkan.
10.5.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan maklumat PBD dibawa
bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
10.5.3 Data PBD hendaklah difailkan serta boleh dikemukakan
dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap/ pemantau.
10.5.4 Isi kandungan fail PBD adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan.
11.0 PEMANTAUAN
11.1 Pengajaran dan Pembelajaran
11.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan
dicerap sebanyak 3 kali setahun secara rasmi.
11.1.2 Guru akan dicerap oleh Guru Besar / PK. Jadual Induk
Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
11.1.3 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh untuk dicerap.
11.1.4 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru dibawah panitia masing-
masing.
11.2 Pengurusan Panitia
11.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan
Ketua Panitia mata pelajaran.
11.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panita dua kali setahun.
11.2.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik,
Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
11.2.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan
TOV, ETR kohor tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
11.2.5 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan anggaran
belanjawan tahunan bagi tahun berikutnya.
11.2.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
peruntukkan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
11.3 Bilik-bilik Khas
11.3.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
Berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
11.3.2 Penyeliaan/Pemantauan adalah seperti berikut:
• Surau
• Bilik Kemahiran Hidup / RBT
• Makmal Sains
• Bilik Pemulihan
• Bilik J-Qaf
• Bilik Tayangan
• Pusat Sumber Sekolah (PSS)
• Makmal ICT
• Bilik Akses
• Bilik Boss (SPBT)
• Bilik Guru
• Bilik Kaunseling
• Bilik Peralatan Jasmani ( Stor Sukan )
• Bilik Gerakan
SK KOTA KUALA MUDA 15

