Page 27 - tmp
P. 27

Perancangan Sekolah 2020

                 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


                                                        DASAR SEKOLAH
                      DASAR KURIKULUM

                      1.0    Latar Belakang
                             Kurikulum adalah “core business” bagi setiap guru dan murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan
                             dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat dan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia serta
                             aspirasi Jabatan Pendidikan Kedah. Dasar yang ditetapkan maenjadi garis panduan kepada hala tuju
                             dan pengurusan akademik sekolah ini dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.

                      2.0    Objektif
                             Penetapan dasar ini dibuat bertujuan ;
                             2.1   Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
                             2.2   Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
                             2.3   Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN dan sekolah

                      3.0    Dasar
                             3.1   Dasar kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
                                   Dasar  Pendidikan Kebangsaan.
                             3.2   Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak KPM dan JPN
                             3.3   Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
                             3.4   Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
                                   akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan
                                   keutamaan.
                      4.0    Mesyuarat
                             4.1   Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
                             4.2   Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
                             4.3   Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
                             4.4   Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru-guru selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh
                                   mesyuarat.
                             4.5   Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran Guru
                                   Besar.

                      5.0    Sistem Fail
                             5.1   Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha.
                             5.2   Semua fail panitia diletakkan di Bilik yang telah ditetapkan.



                      6.0    Sukatan Pelajaran, Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian Serta Pengurusan Buku Rekod
                             Mengajar.
                             6.1   Dokumen  Standard  Kurikulum  &  Pentaksiran  yang  dilaksanakan  oleh  KPM  hendaklah
                                   diperolehi dan disimpan dalam fail panitia.
                             6.2   Semua rancangan tahunan hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2018.
                             6.3   Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
                             6.4   Buku Rekod Pengajaran dihantar pada setiap hari khamis pada minggu persekolahan untuk
                                   disemak oleh Guru Besar/PK.
                             6.5   Semua guru mesti membawa Buku Rekod Pengajaran setiap kali melaksanakan PdPC.





                 SK KOTA KUALA MUDA                                                                         13
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32