Page 32 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 32
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
2.9.4 Peperiksaan Khas
Peperiksaan khas ditakrifkan sebagai peperiksaan yang diduduki oleh pelajar
tertentu atas kes-kes seperti berikut :
a. Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester kerana
disahkan sakit / tidak upaya oleh pegawai perubatan dari hospital
kerajaan/pusat perubatan yang diiktiraf.
b. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar
yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian
berterusan.
ATAU
c. Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk menjalani Latihan Industri
tertakluk kepada gagal satu (1) kursus sahaja (kecuali gred WX). Pihak
KKTM Petaling Jaya dibenarkan mengadakan Peperiksaan Khas dengan
syarat kursus berkenaan telah diduduki oleh pelajar tersebut di semester
terakhir sebelum Latihan Industri dijalankan.
Bagi pelajar dalam kategori ini, gred maksimum yang boleh dicapai adalah
gred lulus minimum mengikut kursus tersebut dan disahkan oleh Senat BKT.
ATAU
Peperiksaan khas bagi tujuan lain dalam keadaan luar biasa seperti
bencana alam, wabak penyakit atau kes-kes darurat hanya akan diberi
kepada pelajar tertakluk kepada kelulusan Senat BKT dengan
mengemukakan dokumen pengesahan pihak berkuasa tempatan.
Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar
yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian
berterusan.
ATAU
22

