Page 33 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 33

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
                                                                              Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


                            i.   Peperiksaan  khas  untuk  tujuan  memperbaiki  CGPA  bagi  pelajar  yang
                                 mendapat Keputusan Bersyarat (KS) di semester akhir. Bagi pelajar dalam

                                 kategori ini hanya dibenarkan mengambil maksimum 12 kredit sahaja dari
                                 mana-mana  kursus  semester  akhir  yang  mendapat  gred  C+,  C  atau  C-
                                 sahaja dengan mendapat kelulusan Senat BKT.

                                 Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar
                                 yang  dicapai  oleh  pelajar  tersebut  tanpa  mengambil  kira  penilaian

                                 berterusan.
                           ii.   Peperiksaan  khas  perlu  dilaksanakan  dalam  tempoh  dua  (2)  minggu
                                 selepas Senat BKT bersidang.

                           iii.   Pihak  KKTM  Petaling  Jaya  perlu  mendapatkan  kelulusan  Jawatankuasa
                                 Senat BKT sebelum peperiksaan khas dikendalikan.


                      2.9.5  Kebenaran Menduduki Peperiksaan

                            i.   Pelajar perlu menerima Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dari UPP
                                 sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

                            ii.   Pelajar diwajibkan membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan
                                 dokumen  pengenalan  diri  pada  setiap  kali  peperiksaan  dijalankan.

                                 Kegagalan  membawa  dokumen  tersebut  ke  dalam  dewan  atau  bilik
                                 peperiksaan  boleh  mengakibatkan  pelajar  tidak  dibenarkan  menduduki
                                 peperiksaan.


                      2.9.6  Keputusan Peperiksaan


                            i.   Keputusan  akan  dikeluarkan  dalam  bentuk  Penyata  Pencapaian
                                 (Achievement  Slip)  bagi  setiap  semester  yang  mencatatkan  rekod
                                 pencapaian akademik.

                            ii.   Penyata  pencapaian  (Achievement  Slip)    pelajar  akan  diedarkan  pada
                                 minggu pertama sesi pengajian berikutnya kecuali pelajar yang mendapat

                                 KEDUDUKAN GAGAL (KG).
                           iii.   Pelajar  yang  mendapat  keputusan  KEDUDUKAN  GAGAL  (KG),  perlu
                                 dimaklumkan  keputusannya  sebelum  sesi  pengajian  berikutnya  bermula

                                 setelah mendapat pengesahan Senat BKT.
                           iv.   Transkrip hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang bergraduat sahaja.

                           v.    Tarikh  graduasi  pelajar  pada  skrol  adalah  mengikut  tarikh  hari  pertama
                                 Senat BKT bersidang.

                                                           23
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38