Page 36 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 36
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Markah dan gred lulus sesuatu kursus adalah merujuk pada Jadual 2.7.
Jadual 2.7 : Markah Lulus Kursus
MARKAH LULUS
BIL KATEGORI KURSUS PROGRAM DIPLOMA
1 Amali 50% (C-)
2 Teori 50% (C-)
Selain daripada gred di Jadual 2.7, pelajar juga boleh diberi gred seperti Jadual
2.8 bagi kes-kes berikut:
Jadual 2.8: Status Gred
GRED KES
Menarik diri dengan kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar
WD menarik diri dengan kebenaran atau pelajar gagal hadir peperiksaan dengan
alasan yang munasabah dan diterima oleh Jawatankuasa Akademik.
(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
Menarik diri tanpa kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar
menarik diri tanpa kebenaran, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau
dibatalkan. Catatan pada sistem aplikasi berkomputer (SPPP) adalah seperti
berikut :
“AX” - Status yang dicatatkan di dalam sistem terhadap pelajar yang tidak
hadir / tidak menduduki Peperiksaan Akhir tanpa alas an yang
munasabah.
WX “BA” - Status diberi kepada pelajar yang tidak cukup kehadiran bagi kursus
yang tiada peperiksaan akhir.
“BX” - Status yang diberikan kepada pelajar sekiranya disekat dari
menduduki Peperiksaan Akhir akibat kekurangan kehadiran. (Barred
exam)
“CX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang didapati melakukan salah
laku peperiksaan.
“DX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal ujian kritikal.
(Dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
Tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan dengan
syarat jika jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus
WA berkenaan.
(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
26

