Page 35 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 35
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
2.9.10 Penyelewengan Akademik
i. Pelajar yang melakukan penyelewengan akademik seperti berikut boleh
diberikan markah sifar (0) terhadap tugasan tersebut setelah disahkan oleh
Jawatankuasa Akademik :
a. Plagiat tanpa menyatakan sumber asal
b. Menciplak tugasan atau hasil kerja kursus pelajar lain
c. Apa-apa bentuk perlakuan atau cubaan penipuan akademik selain
daripada yang dinyatakan di atas
2.10 Sistem Penilaian
Sistem penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu berdasarkan gred dan Lulus
atau Gagal. Walaubagaimanapun lulus atau gagal hanya digunapakai pada penilaian
Latihan Industri sahaja.
2.10.1 Sistem Gred
Pemberian Gred dan Mata (point) adalah berdasarkan kepada Jadual 2.6 di
bawah:
Jadual 2.6 : Sistem Pengredan
STATUS
JULAT
MARKAH GRED NILAI GRED MARKAH KURSUS LULUS
50%
90-100 A+ 4.0
85-89 A 4.0 CEMERLANG
80-84 A- 3.7
75-79 B+ 3.3
70-74 B 3.0
65-69 B- 2.7 KEPUJIAN
60-64 C+ 2.3
55-59 C 2.0
50-54 C- 1.7 LULUS
45-49 D+ 1.3
40-44 D 1.0 GAGAL
0-39 F 0
25

