Page 63 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 63
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.10.10 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, pelajar perlu
menghubungi warden asrama dengan segera. Jika warden tiada, pelajar
dikehendaki menghubungi penyelia asrama, Timbalan Pengarah Khidmat
Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (TPKPHP) atau Pengarah pusat.
5.10.11 Jika terdapat pelajar sakit, rakan sebilik atau rakan lain di asrama
bertanggungjawab melaporkan kepada pejabat penyelia asrama atau warden
dengan segera.
5.10.12 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman
atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pengarah atau
wakil kuasanya.
5.10.13 Sekiranya berlaku bencana alam, pelajar hendaklah mengosongkan bilik dan
mendapat bantuan segera. Pelajar hendaklah menyelamatkan diri dengan
melalui laluan yang selamat serta mengikut arahan yang diberi.
5.10.14 Pelajar perlu berkumpul di kawasan lapang yang jauh dari bangunan atau
tempat bencana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej.
5.11 Keselamatan Barangan Peribadi
5.11.1 Semua barangan peribadi hendaklah disimpan ditempat yang selamat. Pelajar
adalah bertanggungjawab atas keselamatan barang tersebut.
5.11.2 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan segera
kepada penyelia asrama KKTM Petaling Jaya sekiranya berlaku kehilangan
barangan peribadi di asrama KKTM Petaling Jaya.
5.12 Memasak dan Makanan
5.12.1 Pelajar DILARANG memasak di dalam bilik atau di pantri asrama atau di
kawasan asrama.
5.12.2 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi agama Islam sahaja yang
dibenarkan dibawa masuk ke asrama.
5.12.3 Pelajar DILARANG menggunakan bilik asrama sebagai tempat memakan
makanan yang boleh mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan
salur air dan elektrik, dan juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan
kepada penghuni lain.
53

