Page 11 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 11

PENGHANTARAN VIDEO



                   1.  Penyertaan dikemukakan secara kumpulan.

                   2.  Setiap  penyertaan  mestilah  selari  dengan  tema  yang  diberikan  iaitu  “Pemikiran

                       Kreatif Penggerak Pembelajaran Bahasa Berinovatif”.
                   3.  Hasilkan rakaman video (5 – 7 minit) dengan mesej yang jelas mengikut tajuk yang

                       ditetapkan oleh kumpulan masing-masing.
                   4.  Rakaman  video  menunjukkan  produk  inovasi  dalam  pembelajaran  sesuatu  bahasa

                       dengan cara yang kreatif dan inovatif.
                   5.  Rakaman video disampaikan sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa

                       Tamil atau Bahasa Inggeris mengikut kategori inovasi yang dipilih.

                   6.  Video penyertaan perlu disertakan Tajuk Inovasi dan Nama Kumpulan.
                   7.  Peserta diwajibkan untuk memasukkan Klip Video Pembuka (opening video clip)

                       Ino-B di bahagian awal video. Klip Video Pembuka Ino-B boleh dimuat turun melalui
                       link dibawah.          .

                   8.  Peserta  menggunakan  peralatan  merakam  sama  ada  menggunakan  telefon
                       pintar/perakam video untuk menghasilkan video. Elemen lakonan atau unsur-unsur lain

                       berdasarkan kretiviti masing-masing adalah dibenarkan.

                   9.  Video digalakkan dalam format HD (High Definition).
                   10. Hak  cipta   video  rakaman   adalah   kekal   milik   peserta.   Walau   bagaimanapun,

                       penganjur   boleh  menggunakan  video  rakaman  tersebut  untuk  tujuan  program
                       pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.

                   11. Penganjur  berhak  membatalkan  penyertaan  mana-mana  video  yang  tidak  menepati

                       syarat-syarat penganjuran.
                   12. Peserta  bertanggungjawab   terhadap   apa   juga   bentuk   tuntutan   berkaitan  dengan

                       produksi video oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
                   13. Sila pastikan status video adalah Public atau dapat ditontoni oleh semua selepas 12.00

                       am 26 Oktober 2020.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16