Page 6 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 6
KATA ALU-ALUAN
REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertamanya, sukacita saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya maka dapatlah kita bersama-sama
hadir dalam Majlis Penutup Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa
Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan. Pada kesempatan ini, saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana berjaya menganjurkan Program e-
Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa Peringkat Sekolah Rendah pada tahun
2020 ini.
Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di
negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan,
pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya,
guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan pelajar. Ramai
yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet,
cikgooTUBE dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau home-
based learning. Tidak kurang juga cikgu yang menggunakan Whatsapp dan Telegram.
Bukan setakat itu sahaja, ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara
online.
Oleh itu sejajar dengan peranan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus dalam
menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru dan murid , program inovasi
peringkat sekolah masih lagi diteruskan namun kali ini adalah secara maya. IPG
Kampus Ipoh telah berjaya menyediakan satu platform dalam talian bagi murid
sekolah rendah mempertandingkan hasil produk inovasi pembelajaran bahasa
mereka. Saya percaya bahawa pihak IPG Kampus Ipoh perlu berhadapan dengan
pelbagai cabaran besar dalam menganjurkan Program e-Pertandingan Inovasi
Pembelajaran Bahasa ini bagi mencapai hasrat memantapkan budaya inovasi
pembelajaran bahasa dalam kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh
negara. Peranan pensyarah di IPG kampus dan guru tidak lagi setakat memastikan
segala teori dalam bilik kuliah dipraktiskan di lapangan, tetapi juga strategi dan
medium pengajaran yang hendak digunakan perlu disesuaikan dengan era revolusi
industri 4.0.

