Page 7 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 7
Selari dengan tema Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa, iaitu
‘Pemikiran Kreatif Penggerak Pembelajaran Bahasa Berinovatif’ jelas menunjukkan
kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea
baru dan juga melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang di proses
semula, membuat pemilihan serta menukar ganti menjadi suatu yang baru. Dalam
senario ini, tugas semua pihak terutama guru amatlah diperlukan dalam membantu
menggerakkan generasi muda untuk terus bersaing bagi memantapkan
pembelajaran bahasa. Penglibatan dan penyertaan daripada murid-murid sekolah
rendah di seluruh negara dapat menyediakan peluang dan ruang untuk warga
pendidik memupuk budaya menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif dalam
kalangan murid-murid dan sama-sama berkongsi idea bagi perkembangan
pendidikan melalui pemanfaatan digital.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) gelombang kedua (2016-
2020) merupakan salah satu elemen penting bagi merealisasikan hasrat negara
meningkatkan profesion dan kualiti pendidik dalam mencapai keberhasilan pelajar.
Oleh itu, pelbagai inisiatif perlu didedahkan kepada warga pendidik dan murid-murid
bersesuaian dengan revolusi pembelajaran masa kini bagi memantapkan sistem
pendidikan negara. Saya dimaklumkan bahawa terdapat pelbagai produk yang kreatif
dan inovatif telah dihasilkan dalam kalangan murid sekolah rendah dan semua produk
bagi program ini bertunjangkan kepada peranan pendidikan teknologi maklumat
dalam pendidikan abad ke-21 serta relevan dan holistik ke arah melahirkan modal
insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
Saya berharap agar Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa
kali ini akan terus menjadi penggerak untuk kita mentransformasikan diri melalui
pelbagai aspek terutamanya dari segi kualiti penjanaan idea yang kritis dan kreatif
selaras dengan pelaksanaan program Transformasi Sekolah 2025 (TS2025). Akhir
sekali dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya
merasmikan penutupan Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa
Sekolah Rendah 2020 Peringkat Kebangsaan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmtullahiwabarakatuh.
Dr. Hjh. RUSMINI BINTI KU AHMAD
REKTOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

