Page 9 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 9
FORMAT PERTANDINGAN
Terdapat empat (4) Kategori penyertaan, iaitu:
Kategori Pertama – Bahasa Melayu
Kategori Kedua – Bahasa Cina
Kategori Ketiga – Bahasa Tamil
Kategori Keempat – Bahasa Inggeris
* Bahasa penyampaian mengikut kategori.
Setiap kumpulan yang menyertai akan diberi e-sijil.
Produk inovasi dapat mempamerkan pembelajaran sesuatu bahasa dengan cara yang kreatif
dan inovatif. Rakaman video (upload ke Youtube) yang dihantar oleh peserta e-pertandingan
perlu disampaikan sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa
Inggeris mengikut kategori yang dipilih.
Sinopsis produk inovasi perlu dalam Bahasa Melayu atau dua jenis bahasa, iaitu Bahasa
Melayu dan bahasa penyampaian mengikut kategori yang dipilih sama ada Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
Panel hakim pertandingan akan menilai pemenang-pemenang berdasarkan markah yang
tertinggi mengikut kategori.
Hadiah wang tunai RM200 disediakan kepada kumpulan yang berjaya.

