Page 42 - Majalah Al-Ulum Edisi Perdana
P. 42

Perkahwinan  Jarak  Jauh adalah

              sebuah  institusi  kekeluargaan
              yang terpaksa  berjauhan antara
              suami dan isteri serta anak-anak
              di atas  sebab-sebab  tertentu                                NORMALIA BINTI AHMAD
              yang tidak  dapat  dielakkan.                                 Pusat Islam UniMAP

              Antara  sebabnya  adalah  kerja
              atau  belajar  samada  di dalam                        Hakikatnya  perkahwinan  jarak  jauh  bukanlah
              negara  mahupun luar  negara.                          diingini  oleh  setiap  pasangan  yang  telah

              Lelaki  dan wanita  pada  zaman                        berumahtangga.  Alam  perkahwinan  yang
                                                                     dibayangkan semestinya yang terindah dimana
              sekarang  lebih  berusaha  untuk                       tinggal sebumbung dan melayari bahtera alam
              mendapatkan  status,  berdikari,                       rumahtangga bersama-sama.
                                                                          Jika  ditanya  pasangan  berkahwin,  boleh

              dan mengekalkan  taraf  hidup                          dikatakan  rata-rata mahu  tinggal  sebumbung
              yang lebih tinggi. Justeru itu, bagi                   dan  serumah  dengan  pasangan  masing-
                                                                     masing.  Hampir  tiada  pasangan  yang  suka
              memenuhi         tuntutan       tersebut,              dengan  keadaan  hidup  saling  berjauhan,
              pasangan suami  isteri  memilih                        terutama yang  telah  mempunyai  anak.
              untuk tinggal berjauhan                                Perasaan sunyi melihat orang lain bergembira
                                                                     bersama  dengan  pasangan  yang  lain  tipulah
              (Norsafatul Aznin A. Razak, 2016)                      kalau hati tidak dijentik rasa cemburu.   R a s a
                                                                     sedih memikirkan kehidupan yang bersendirian
                                                                     menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.
                                                                     Segala-galanya  perlu  ditanggung  sendiri  dan
                                                                     tiada  siapa  untuk disandarkan  kepala  untuk
                                                                     memahami hati kecuali dia yang jauh. Namun
                                                                     tiada apa yang mampu dilakukan selain redha
                                                                     atas takdir ketentuanNya.





        40
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47