Page 102 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 102
16.2 Pada setiap hari Rabu (Perjumpaan unit beruniform), semua guru Guru Penasihat
diwajibkan memakai pakaian uniform bersama-sama murid.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT SUKAN
SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyediakan senarai AJK Majlis Sukan Sekolah untuk perhatian pihak pentadbiran dan semua guru.
2. Menyediakan takwim sukan sekolah dan permainan peringkat sekolah sepanjang tahun.
3. Menyediakan senarai tugas AJK untuk setiap aktiviti sukan seperti :
a) Sukantara
b) Acara sebelum sukan
c) Kejohanan Olahraga
d) Pertandingan permainan antara rumah sukan
e) Merentas Desa
f) Pertandingan permainan peringkat MSSD
4. Menyediakan keperluan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti sukan.
5. Menguruskan kebajikan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti sukan.
6. Menyelaras masalah berkaitan penyertaan murid sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
dengan dibantu oleh pengurus permainan.
7. Mengurus pembahagian rumah sukan kepada murid.
8. Mengurus mesyuarat yang berkaitan dengan sukan.
9. Menyediakan kelengkapan alatan untuk latihan aktiviti sukan.
10. Meyelenggara stor sukan dan kawasan padang sekolah.
11. Melaporkan kepada pengetua mengenai pencapaian permainan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan dan seterusnya mengumumkan kepada seluruh warga sekolah.
12. Menguruskan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
13. Menyediakan sijil penghargaan kepada guru dan murid yang berjaya.
14. Menyediakan insentif bagi setiap kejayaan murid sama ada di sekolah, daerah atau negeri dengan
persetujuan pengetua dan PIBG.
15. Menyediakan peti kecemasan bagi keperluan aktiviti sukan.
16. Mengambil tindakan yang perlu berkaitan dengan disiplin dalam aktiviti sukan setelah makluman
dibuat kepada AJK Majlis Tertinggi Sukan.
17. Menyediakan laporan aktiviti untuk unit Majalah.
18. Menguruskan hal-hal berkenaan penggunaan padang dengan kebenaran pihak pentadbir sekolah.
19. Menyediakan surat penghargaan kepada pihak luar yang membantu pihak sekolah dalam aktiviti
sukan.
PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN
1. Mencatat minit mesyuarat sukan.
2. Menaip sijil-sijil penyertaan.
3. Mengurus pinjaman peralatan barang di bilik sukan.
4. Membantu mengurus dan menceriakan bilik sukan.
5. Membantu Setiausaha Sukan membuat pembahagian rumah sukan.
6. Membantu Setiausaha Sukan mengurus majlis penyampaian hadiah selepas satu-satu kejohanan.
7. Menyampaikan satu-satu dapatan daripada S/U Sukan kepada guru.
8. Menguruskan stok bilik sukan.
9. Membuka dan menutup pintu bilik sukan.
10. Menyerah dan mengumpul kembali segala borang-borang penyertaan yang diberikan oleh pengurus
pasukan.
11. Memastikan papan kenyataan sukan di kemas kini dua bulan sekali.
PENGURUS PASUKAN
1. Membentuk jawatankuasa
77
102

