Page 105 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 105
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan, kelab, unit beruniform dan
sukan permainan.
4. Menentukan langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
5. Memastikan data dan rekod di selenggara.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemas kini dan dipatuhi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum.
PENYELARAS KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM/SUKAN DAN PEMAINAN
1. Mengatur dan menyelaras perjalanan aktiviti.
2. Menyediakan jadual waktu aktiviti.
3. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
4. Memastikan mesyuarat agung dikendalikan dengan baik.
5. Menguruskan buku atau kad kokurikulum dikendalikan dengan baik.
6. Menyediakan borang kokurikulum yang diperlukan untuk aktiviti:
1. Borang penyertaan
2. Borang senarai AJK
3. Buku laporan aktiviti
GURU PENASIHAT / PEMIMPIN
1. Memastikan mesyuarat agung dilaksanakan bagi melantik AJK.
2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Merancang aktiviti tahunan bersama murid.
5. Memastikan aktiviti berjalan dengan baik.
6. Merancang strategi untuk kecemerlangan kelab atau persatuan.
7. Memastikan pengurusan kewangan dan perolehan diurus dengan baik.
8. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.
9. Mendaftarkan pasukan unit beruniform, kelab dan persatuan.
10. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli.
11. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
12. Menandatangani buku kehadiran ahli.
13. Menghadiri mesyuarat dan perjumpaan yang berkaitan dengan ahli.
14. Menentukan papan kenyataan dikemas kini dan sentiasa digunakan.
15. Mencadangkan nama murid yang layak untuk menerima sijil kokurikulum kepada pihak sekolah.
16. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam apa jua program.
17. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengetua setiap masa.
GURU SUKAN DAN PERMAINAN
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang peningkatan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan.
3. Berusaha mendapat khidmat nasihat daripada yang pakar dalam bidang sukan dan permainan.
4. Memastikan undang-undang permainan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih murid pasukan sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara kelas.
7. Menguruskan pengangkutan ke pertandingan luar.
8. Melaporkan dan merekodkan keputusan.
9. Menyemai semangat kesukanan.
10. Merancang aktiviti dengan unit sukan.
11. Menghadiri kursus permainan dan sukan.
12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.
80
105

