Page 103 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 103
2. Merancang peningkatan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan.
3. Berusaha mendapat khidmat nasihat daripada pakar sesuatu permainan.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Mengenal pasti murid sekolah yang berkebolehan untuk diserap sebagai pemain sekolah.
6. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
7. Menganjurkan perlwanan antara rumah sukan.
8. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
9. Merancang aktiviti tahunan dengan rumah sukan.
10. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah meningkatkan prestasi pasukan.
11. Merekod nama pemain atau murid yang cemerlang dalam pasukan.
12. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh PPD atau JPN.
13. Mematuhi tugas-tugas lain seperti arahan pengetua.
14. Membuat perancangan latihan pasukan sekolah.
15. Menyediakan kemudahan sepanjang latihan permainan.
16. Menyediakan senarai nama pemain mengikut latihan.
17. Mencatat perkara penting kepada murid sewaktu perjumpaan pertama iaitu;
a) Tarikh latihan
b) Masa
c) Tempat
d) Pakaian
18. Memaklumkan kepada S/U Sukan tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya dapat dimaklumkan
kepada pentadbiran sekolah.
19. Mengeluarkan surat pelepasan.
20. Menghadiri mesyuarat permainan MSSD dan mengeluarkan minit curai.
21. Mengedarkan dan menyimpan surat kebenaran ibu bapa yang terlibat dalam sesuatu pertandingan.
22. Menyediakan kelengkapan pasukan untuk menyertai pertandingan seperti;
a) Jersi
b) Ubatan
c) Minuman
d) Makanan
23. Membuat tuntutan/tempahan tambang/ makan/insentif pemain.
24. Menyediakan pengangkutan pemain.
25. Memungut kembali jersey dan disimpan dalam bilik sukan dan memastikan jersey dalam keadaan
bersih.
26. Memulangkan alatan dalam keadaan yang elok.
27. Menyediakan laporan keputusan penyertaan kepada S/U Sukan untuk dimasukkan dalam fail dan
memaklumkan kepada pengetua.
28. Membuat pengumuman dan menganjurkan majlis penyampaian hadiah dengan bantuan penolong S/U
Sukan.
29. Sentiasa bersama jurulatih dan pemain setiap kali pertandingan dan permainan.
30. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pemain sepanjang perlawanan dan latihan.
31. Bertanggungjawab terhadap disiplin pemain sepanjang latihan dan perlawanan.
32. Menyerahkan nama pemain kepada Penolong S/U Sukan untuk pemberian sijil penyertaan.
JURULATIH
1. Membantu pengurus pasukan mengenal pasti murid yang berkebolehan.
2. Menyediakan program latihan yang sistematik.
3. Membantu pengurus menyediakan kelengkapan pasukan.
4. Melaporkan kepada pengurus tentang prestasi pasukan.
5. Melaporkan kepada pengurus sekiranya terdapat pemain yang mempunyai masalah disiplin.
6. Sentiasa bersama pemain sewaktu latihan dan perlawanan.
7. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pemain.
8. Bertanggungjawab terhadap disiplin pemain.
9. Mempunyai wawasan untuk mewujudkan pasukan yang disegani.
10. Matlamat penyertaan adalah tiga yang terbaik dalam pertandingan.
78
103

