Page 104 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 104

KETUA RUMAH SUKAN

                1.  Mengenal pasti guru-guru yang berada di rumah sukan.
                2.  Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan.
                3.  Memperkenalkan guru-guru rumah sukan kepada murid.
                4.  Membuat pelantikan AJK dalam kalangan murid:
                    a)  Kapten
                    b)  Penolong Kapten
                    c)  Setiausaha
                    d)  Bendahari
                    e)  Ketua Permainan
                    f)  AJK Tingkatan
                5.  Menerangkan tentang:
                    a)  Hari latihan
                    b)  Masa latihan
                    c)  Kedatangan
                    d)  Pakaian
                    e)  Tindakan
                    f)  Surat sakit
                6.  Mengurus latihan rumah sukan.
                7.  Menyediakan minuman sewaktu latihan rumah sukan.
                8.  Mendaftarkan peserta sukan tara, acara sebelum sukan dan kejohanan olahraga.
                9.  Menyediakan nombor peserta untuk acara sebelum sukan dan kejohanan olahraga.
                10.  Menyediakan peserta perbarisan dan mengambil hadiah.
                11.  Meminjam dan memulangkan peralatan sukan yang dipinjam.
                12.  Memastikan murid memakai pakaian yang sesuai.
                13.  Mengambil tindakan terhadap oelajar yang tidak hadir latihan.
                14.  Bertanggungjawab terhadap disiplin murid sepanjang latihan.
                15.  Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid sepanjang latihan dan permainan.
                16.  Memastikan adanya senarai nama murid yang lengkap.
                17.  Merekodkan dan melaporkan kepada S/U Sukan tentang murid-murid yang mempunyai prestasi yang
                    tinggi untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
                18.  Memastikan laporan aktiviti rumah sukan direkodkan.


            GURU RUMAH SUKAN

                1.  Membantu Ketua Rumah Sukan mengendalikan aktiviti rumah sukan.
                2.  Membantu Ketua Rumah Sukan mengendalikan mesyuarat.
                3.  Menerima tugasan yang diberikan oleh Ketua Rumah Sukan dengan penuh kerelaan.
                4.  Membantu Ketua Rumah Sukan sekiranya ada murid yang cedera.
                5.  Bertanggungjawab terhadap disiplin murid.
                6.  Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid.
                7.  Berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk memajukan rumah sukan
                8.  Guru dan murid wajib hadir latihan dan kedatangan akan direkodkan oleh Ketua Rumah Sukan.
                9.  Menghantar nama murid yang berpotensi kepada Ketua Rumah Sukan.
                10.  Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir latihan.
                11.  Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.


                               TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT KOKURIKULUM

            SETIAUSAHA KOKURIKULUM

                1.  Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
                2.  Membantu pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru.



                                                                                                              79



                                                          104
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109