Page 50 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 50
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM
OBJEKTIF
1. Memberikan garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2. Memantapkan amalan dan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN dan Jemaah Nazir.
4. Memenuhi kehendak dan aspirasi PPPM
5. Menzahirkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
KURIKULUM
Garis Panduan
1. Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan ko-akademik yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
2. Garis Panduan Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025.
3. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum
semasa.
5. Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada
program akademik.
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Garis Panduan
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali
setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di
sekolah.
2. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
3. Agenda yang dibincangkan dan dipersetujui resolusinya dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
4. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum, mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam mesyuarat
panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha
Jawatankuasa.
5. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran
berserta Ketua-Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
50

