Page 13 - INOVASI - LATIHAN INTENSIF MACHs
P. 13

Intensif MACHs/2020


                                LATIHAN 7




                                                   Soalan 1 : Rumusan



                                                           (30 markah)

               Baca petikan di bawah dengan teliti.  Kemudian, buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan
               kokurikulum  dan  masalah-masalah  pelaksanaan  kokurikulum  di  sekolah.   Panjang  rumusan  anda
               hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



                        Aktiviti kokurikulum menjadi pelengkap kepada proses pembelajaran di sekolah.  Umum mengetahui
               bahawa, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang wajib dijalankan dan disertai oleh semua pelajar di sekolah.
               Tambahan  pula, kini, penglibatan dalam aktiviti ini akan memberikan merit kepada  pelajar untuk memasuki
               Institusi Pengajian Tinggi setelah mereka menamatkan alam persekolahan.  Falsafah Pendidikan Kebangsaan
               jelas  menyatakan  bahawa  antara  matlamat  pendidikan  adalah  untuk  melahirkan  insan  yang  seimbang  dan
               harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Di sinilah letaknya fungsi utama kokurikulum, iaitu menjana
               dan membentuk sahsiah diri dalam kalangan pelajar.  Oleh itu, ketiga-tiga komponen utama aktiviti kokurikulum
               di sekolah, iaitu badan beruniform, persatuan atau kelab, dan sukan serta permainan. mendatangkan pelbagai
               implikasi kepada pelajar jika dilaksanakan secara efektif.



                       Aktiviti badan beruniform, misalnya, membantu pembentukan disiplin dalam diri pelajar  apabila pelajar
               dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, serta sentiasa bersemangat juang yang tinggi.  Selain
               itu, pelajar juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad dan merentas
               halangan.  Latihan-latihan  yang  dijalani  menyebabkan  pelajar-pelajar  perlu  berbincang,  merancang    dan
               melaksanakan aktiviti-aktiviti berdasarkan perancangan yang telah dibuat.  Secara tidak langsung, semangat
               berpasukan dan kerjasama dapat dipupuk dalam dalam kalangan setiap ahli pasukan beruniform itu.



                       Penglibatan dalam persatuan atau kelab pula memberikan pelbagai pengetahuan, khususnya dalam hal-
               hal  pengurusan  dan  pentadbiran  kepada  para  pelajar.  Dalam  aktiviti  berpersatuan,  pelajar  diasuh  dengan
               kemahiran  menguruskan  mesyuarat,  menulis  surat  rasmi,  merancang  aktiviti  persatuan,  membuat  laporan
               program,  membuat  kertas  kerja  dan  sebagainya.  Dalam  proses  melaksanakan  tugasan  tersebut,  pelbagai
               pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar belajar untuk
               menerima  serta  menghormati  pandangan  orang  lain  semasa  perbincangan  dijalankan.    Penglibatan  pelajar
               dalam aktiviti sukan dan permainan membawa implikasi yang berlainan pula. Mereka yang menyertai aktiviti
               sukan dan permainan sudah pasti memperoleh badan yang cergas serta minda yang cerdas.  Selain itu, mereka
               juga dapat memupuk keyakinan diri, menghormati peraturan di samping memiliki semangat juang yang tinggi.



               Suntingan: HAR/SISC+BAHASA PPDM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18