Page 9 - INOVASI - LATIHAN INTENSIF MACHs
P. 9
Intensif MACHs/2020
LATIHAN 4
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan
kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-
jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam
murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit.
Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara
bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
Remaja mengalami kemurungan ? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda
seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh
usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa akan
datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan
masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan
termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi
individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam
kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan
kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa
menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti
terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan.
Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi
untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada masalah
percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang sukar dikawal.
Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal
terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakkan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan
tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami
trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya
memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi
setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara.
Suntingan: HAR/SISC+BAHASA PPDM

