Page 14 - INOVASI - LATIHAN INTENSIF MACHs
P. 14

Intensif MACHs/2020

               Seterusnya, para pelajar dapat  membina kemahiran sosial yang baik serta membantu pembinaan kemampuan
               seseorang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat dan persekitaran.


                       Sering kali diingatkan bahawa generasi hari ini merupakan pelapis kepada pimpinan masa hadapan
               negara.  Dalam hal ini, para sarjana pernah menyatakan bahawa, kebanyakan orang yang berjaya pada hari ini
               ialah orang yang merebut usia remaja mereka untuk memburu kejayaan.  Oleh sebab itu, bagi mereka yang
               terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum, hal ini tidak menjadi halangan.  Selain itu, majikan pada hari ini juga amat
               menitikberatkan penglibatan aktif bakal pekerja mereka dalam aktiviti kokurikulum.  Hal ini kerana, di sektor
               kerjaya,  para  pekerja  perlu  bersaing  dalam  kalangan  mereka  secara  positif.  Pekerja  juga  perlu  sentiasa
               menyumbangkan idea kreatif untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Sudah pastilah pelajar-pelajar yang aktif
               dalam bidang kokurikulum akan mendapat kelebihan tersendiri dalam hal ini. Memandangkan pelbagai kelebihan
               kokurikulum kepada pelajar sama ada dari segi jangka pendek mahupun dalam jangka waktu yang panjang,
               maka bertepatanlah penegasan oleh  pihak Kementerian Pelajaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa agar
               mereka memberikan perhatian terhadap pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah.




















































               Suntingan: HAR/SISC+BAHASA PPDM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19