Page 10 - INOVASI - LATIHAN INTENSIF MACHs
P. 10
Intensif MACHs/2020
LATIHAN 5
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran
mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat. Sebagai tamsilnya, masyarakat
Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran kayu dan tenunan. Masyarakat Cina popular dengan seni tembikar
dan kaligrafi. Kolam pula sering disebut-sebut sebagai seni masyarakat India dan kelompok peribumi pula
sangat berkait rapat dengan seni anyaman. Umum mengetahui bahawa seni kraf sangat popular dalam kalangan
penduduk luar bandar dan pedalaman. Situasi ini berlaku kerana pengusaha lebih mudah mencari bahan utama
bagi pembuatan produk kraf. Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik- baik
mungkin.
Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan bandar ialah lambakan
produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk berteknologi moden yang dihasilkan pada satu
masa juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan produk buah tangan. Produk buatan tangan pula menawarkan
harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf menggunakan bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia
dan sinetik juga merancakkan pengeluaran produk yang berasaskan plastik. Pada zaman yang serba maju ini,
sangat sukar untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf. Sesungguhpun begitu, pembangunan yang
pesat mampu menjejaskan habitat semula jadi flora, iaitu kawasan rimba.
Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan. Hal ini demikian kerana
masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan tidak mengikuti perkembangan semasa tetapi produk
yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi
muda juga menyukarkan perkembangan dan kemajuan produk kraf. Sebetulnya, golongan muda perlu lebih
menonjol dan memainkan peranan bagi mempopularkan kraf. Kekurangan promosi atau pameran sama ada di
peringkat nasional atau antarabangsa juga menjadi punca pengamal seni kraf sukar untuk menonjolkan bakat
mereka.
Cabaran lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat pengajian
tinggi. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang kurang memikirkan kepentingan dan nilai sesuatu
karya seni. Tidak kurang juga, pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup untuk
memajukan perusahaan mereka. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan cabang perniagaan yang
terpenting pada hari ini. Walau bagaimanapun, pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya
masih kurang arif mengenai penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan produk kraf tidak
boleh dipandang sebelah mata kerana seni ini warisan turun-temurun dan mempunyai nilai estetik yang amat
tinggi.
Suntingan: HAR/SISC+BAHASA PPDM

