Page 215 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 215

PERSAHABATAN

                   Pagi itu, suasana kelas 5 Cemerlang sangat riuh. Beberapa pelajar
                   perempuan     sedang    sibuk  bergosip.  Aisya  meletakkan    beg
                   sekolahnya di atas kerusi kemudian terus menuju ke tempat mereka.

                   "Selamat pagi semua ! Ada gosip baru ke? " Aisya menerjah secara
                   tiba-tiba.

                   "Ya Sya, saya dengar ada orang yang nak pindah masuk ke sekolah
                   ni, masuk kelas kita lagi !" jawab Damia panjang lebar.

                   "perempuan ke lelaki?" Aisya bertanya lagi.
                   "entahlah, harap-harap perempuan " jawab Damia .

                   Kemudian, Puan Anis masuk ke kelas. Seorang demi seorang pelajar
                   bersurai ke tempat duduk masing-masing.

                   " Assalamualaikum dan selamat pagi " kata Puan Anis . Kelas Mata
                   pelajaran Matematik pun bermula. Mata pelajaran yang cukup
                   membosankan bagi Aisya dan sesetengah pelajar kerana ada
                   pelajar yang sibuk menguap malah hampir tertidur. Kelas Matematik
                   selama sejam itu terasa bagaikan setahun.

                   Kriiing !!! Kriiing !!! Kriiing !!!, loceng rehat berbunyi. Masa untuk
                   mengisi perut setelah setahun terasa berkurung di dalam kelas. Aisya
                   berjalan sendiri ke kantin. Sementara menunggu makanan , Aisya
                   tanpa sedar mengelamun.

                   Aisya membayangkan, “Kalaulah aku ada kawan untuk ke kantin
                   bersama, duduk bersebelahan, bergurau dan bercerita . Semua
                   bersama. Mesti seronok !, fikir Aisya.
                   "Eeh, Aisya, jangan mengelamun siang-siang, ni makanannya" kata
                   Makcik Sari, memecahkan lamunan Aisya.
                   "Ya, saya minta maaf makcik," kata Aisya terkejut.

                   "Ya, tidak mengapa. Makan cepat , waktu rehat ada 10 minit lagi ,
                   "kata Makcik Sari
                   "Terima kasih makcik," jawab Aisya ringkas.

                   Selepas makan, Aisya kembali ke kelas dan pembelajaran bermula
                   sehingga habis waktu sekolah.       Semasa    Aisya  pulang,  Aisya
                   memikirkan pelajar yang akan berpindah ke kelasnya. “Adakah dia
                   lelaki?  Atau  perempuan?     Haa   sudahlah   ,kenapa   aku   asyik
                   memikirkannya?.” soal Aisya.
                   Keesokan    harinya,  pelajar  baru   akan   datang.    Ada   yang
                   mengatakan bahawa dia kaya. Ada juga yang mengatakan


                                                                                183
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220