Page 220 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 220
LELAKI TUA
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki tua dan lelaki muda tinggal
di sebuah kampung. Lelaki tua seorang yang sangat kuat bekerja.
Kehidupannya dilengkapi dengan kemewahan. Manakala, seorang
lelaki muda pula malas bekerja. Kehidupannya melarat dan sangat
susah akibat daripada sikapnya sendiri. Setiap kali lelaki tua
memasak, lelaki muda akan tercium bau masakannya
menyebabkan lelaki muda itu berasa lapar tetapi malas mencari
makanan.
Pada suatu malam, lelaki tua memanggil semua kenalan bagi
mengadakan jamuan secara besar-besaran.
"Inilah masanya aku nak menjadi kaya, " kata lelaki muda itu.
Ramai jemputan datang ke majlis itu. Semasa majlis jamuannya
berlangsung, lelaki tua leka melayan tetamunya makan di ruang
kediamannya.
Semasa majlis jamuan berlangsung, lelaki muda itu pun
datang tanpa diundang oleh lelaki tua. Dia menghendap masuk ke
dalam kawasan rumah iaitu melalui belakang rumah lelaki tua. Dia
terus memasuki bilik lelaki tua itu secara senyap dan tanpa
mendapat keizinan lelaki tua. Dalam bilik lelaki tua, ada ketulan
emas dan duit yang banyak di situ. Setelah melihat harta tersebut,
dengan pantasnya lelaki muda itu mengambilnya lalu
membawanya pulang kerana mahu menjadi seorang yang kaya
tanpa mahu bekerja.
Setelah selesai jamuan di rumahnya, lelaki tua pun masuk ke
dalam biliknya. Alangkah terkejutnya dia mendapati emas dan
duitnya semua sudah hilang!. Lelaki tua berasa sangat sedih dan
terkejut atas perkara yang berlaku tersebit.
"Siapakah yang sanggup mencuri harta bendaku?" tanya lelaki tua.
Namun, pada hari yang lain, lelaki muda mengadakan
jamuan secara besar-besaran. Malah, lelaki muda turut menjemput
lelaki tua datang ke majlisnya. Dia sengaja hendak menunjuk-nunjuk
tentang kekayaan yang dimilikinya pada ketika itu.
"Aku juga boleh kaya seperti kamu. Tengoklah, ramai jemputan yang
akan datang," kata lelaki muda.
Lelaki muda melayan tetamu yang datang. Ketika itu,
datang seorang lelaki ke tempatnya sambil menutup mukanya.
Lelaki muda menjemput lelaki itu duduk sehidangan dengannya.
"Silakan makan," pelawa lelaki muda tanpa rasa malu.
188

