Page 213 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 213

MONYET YANG SOMBONG

                   Di dalam sebuah hutan, tinggalah sekeluarga monyet iaitu ibu
                   monyet dan dua ekor anaknya si Kelabu dan si Hitam. Si kelabu
                   adalah abang manakala si Hitam adalah adik. Kehidupan keluarga
                   monyet ini sangat sederhana. Suatu hari, ibu monyet dan si Kelabu
                   keluar ke hutan mencari buah-buahan. Adik monyet iaitu si Hitam
                   tinggal di rumah sendirian kerana kakinya yang sakit.
                          Setibanya di Hutan Buah, ibu monyet dan si Kelabu mulai
                   mencari buah-buahan dan mereka mendapat begitu banyak hasil
                   buah-buahan. Hari pula semakin panas terik, ibu monyet dan
                   anaknya si Kelabu berehat sebentar di bawah pokok yang rending.
                   Ibu monyet dan si Kelabu mengisi perut dengan memakan buah-
                   buahan yang mereka dapat dengan lahap sekali kerana mereka
                   sangat lapar.
                           Selesai makan, ibu monyet menyuruh si Kelabu pulang ke
                   rumah terlebih dahulu agar adiknya si Hitam dapat memakan buah-
                   buahan itu. Ibu monyet juga berpesan kepada Si Kelabu agar terus
                   pulang ke rumah dan menjaga adiknya yang sedang sakit. Si Ibu
                   juga memberi kepercayaan kepada anaknya untuk membawa hasil
                   buah-buahan yang mereka kutip sebentar tadi. Setelah si Kelabu
                   berlalu pulang, ibu monyet terus mencari buah dan makanan lain
                   untuk bekalan makanan selama beberapa hari akan datang.
                          Dalam perjalanan pulang, si Kelabu terserempak dengan
                   kawan-kawanya Si Musang yang sedang bermain. Tiga ekor musang
                   yang menyedari kehadiran si Kelabu lalu bertanya “Kamu dari mana
                   Kelabu?”. Si Kelabu pun menjawab “Saya baru pulang dari Hutan
                   Buah untuk mencari makanan.” Lalu si Musang membalas “kamu ke
                   hutan mencari makanan sendirian?”. Si Kelabu kemudian menjawab
                   dengan sombong “Ya! Saya ke hutan sendirian kerana saya berani.
                   Lihatlah buah yang saya dapat ini, banyak sekali.” Sambil memakan
                   sebiji buah yang dipesan oleh ibunya supaya diberi kepada adiknya
                   si Hitam yang sedang sakit. Si Musang saling berpandangan dan
                   tanpa disedari oleh si Kelabu mereka menyimpan niat jahat untuk
                   mencuri buah-buahan itu dari si Kelabu. Seekor musang mula
                   mengalih perhatian si Kelabu dengan mengajaknya bermain. Si
                   Kelabu yang naif itu pun meletakkan buah-buahannya dibawah
                   sebatang pokok yang berhampiran. Leka bermain dengan musang,
                   si  kelabu   tidak  menyedari    bahawa     seekor   musang     lagi
                   menghampirinya dari arah belakang lalu menolaknya ke dalam
                   perangkap lubang tanah. Melihat keadaan si Kelabu yang sudah
                   terjatuh ke dalam lubang tanah itu, Musang-musang yang nakal itu
                   terus mengambil buah-buahan si Kelabu dan berlalu pergi.






                                                                                181
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218