Page 218 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 218
memperolehi tali pinggang hitam. Maka ilmu yang dipelajari tidak
disia-siakan.
Sepuluh minit kemudian, polis tiba. Samseng-samseng
tersebut dibawa ke balai. Mei Mei dan rakan-rakannya diminta ke
balai untuk memberi keterangan lanjut. Manakala Johan dibawa ke
hospital.
Berita Johan dimasukkan wad merisaukan ayahnya. Doktor
memenangkan ayah Johan dan memberitahunnya bahawa Johan
tidak luka parah. Dia akan keluar wad tiga hari lagi.
Keesokkan paginya, Mei Mei datang melawat Johan. Intan
dan Devi tidak dapat bersama kerana ada kelas tambahan.
Kedatangan Mei Mei disambut dengan senyuman.
“Bagaimana dengan keadaan awak sekarang?” aju Mei Mei.
“Nampaknya beransur pulih. Terima kasih Mei Mei walaupun
selama ini kita berputus tali, namun awak tetap bantu saya. Saya
minta maaf Mei Mei.” Johan menghulurkan tangannya dan
disambut oleh Mei Mei.
Mei Mei mengangguk. “Putus tali kita sambung,” katanya.
Rentetan daripada peristiwa tersebut Johan menjadi kawan
karib kepada Mei Mei, Intan dan Devi. Mereka tidak lagi
bermusuhan seperti dahulu.
Kini, mereka bersama-sama mengulang kaji pelajaran.
Harapan mereka hanya satu iaitu mendapat kejayaan dalam UPSR.
Mereka tidak mahu gagal dalam peperiksaan kerana ingin
membuatkan ibu bapa bangga dengan kejayaan mereka.
“Apabila saya sudah besar, saya mahu menjadi seorang
doktor. Bolehlah saya merawat dan membantu orang lain”, kata
Intan.
“Saya pula ingin mengikuti jejak langkah ayah saya iaitu
seorang usahawan yang berjaya, bagaimana pula dengan kamu
Mei Mei?”, tanya Johan.
“Cita-cita Mei Mei pula ialah seorang guru. Saya ingin
mendidik pelajar supaya mereka menjadi generasi yang berilmu dan
disanjung tinggi”. Mereka pun ketawa ketika bersembang mengenai
cita-cita mereka.
Johan sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan
yang baik dan prihatin seperti Mei Mei, Intan dan Devi. Johan juga
berjanji untuk menjadi individu yang lebih baik daripada sebelumnya.
186

