Page 47 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 47

PENGENALAN SYAIR


                   Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah
                   dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan
                   Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa
                   Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat
                   bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud
                   tetapi namanya telah ditukar.
                          Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud
                   sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat
                   dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang
                   telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada
                   T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera
                   yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun,
                   harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman
                   kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang;
                   buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung
                   Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan
                   demikian
                          "…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi,
                          pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang
                          seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair,
                          ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang
                          berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "
                          Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta
                   oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada
                   tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal
                   daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta
                   pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan
                   pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa
                   yang indah dan menarik.
                          Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi
                   kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik
                   atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh
                   masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair
                   yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah
                   menyimpang daripada bentuk syair Arab.














                                                                                  15
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52