Page 48 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 48
TEMA : PATRIOTIK
TAJUK : WIRA NEGARA
Tersebutlah kisah pewira negara,
Gigih berjuang terus mara,
Nekad jiwa walau didera,
Berkorban demi agama negara.
Kini Malaysia merdeka sudah,
Pencakar langit berdiri megah,
Tanah tercinta tetaplah gagah,
Demimu sanggup bertumpah darah.
Pengorbanan sudah tidak terbilang,
Nama pendekar tak akan hilang,
Tetaplah terang bersama bintang,
Berkibar megah jalur gemilang.
Walaupun datang anasir kejam,
Janganlah mahu mudah diancam,
Pusaka kita sama digenggam,
Semangat bangsaku tak akan padam,
Kepada wira negara bangsa,
Cekal hatimu tekadkan rasa,
Tinggalkan nama dan juga jasa,
Akan dikenang sepanjang masa.
Biar dihunus berjuta pedang,
Namun dirimu tetap berjuang,
Musuh menerpa usah dipandang,
Berani menempuh tidak ditentang.
SITI NURMAISARAH BINTI ROSLAN
16

