Page 49 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 49

TEMA : KEKELUARGAAN
                   TAJUK : NASIHAT UNTUK ANAK


                   Dua insan tonggak keluarga,
                   Kasih mereka hingga ke syurga,
                   Pengorbanan mereka sangat berharga,
                   Hargai mereka sentiasa dijaga

                   Jasa mereka tiada bandingan,
                   Rela menempuh setiap halangan,
                   Mengutip lelah jadi dagangan,
                   Walaupun tidur berbantalkan lengan.

                   Ibu dan bapa hormat sentiasa,
                   Patuhi mereka setiap masa,
                   Jangan derhaka jagalah bahasa,
                   Jadikan taat amalan biasa.

                   Dengan keluarga sentiasa berbakti,
                   Jangan berkira saling mengungkiti.
                   Kelak menyesal kemudian nanti,
                   Kerana mereka tiada ganti.

                   Selagi masih ada peluang,
                   Sentiasa hidup berkasih sayang,
                   Jangan biarkan masa terbuang,
                   Moga kasih takkan hilang.

                   SITI NURSYAQILAH BINTI SAFE’I




























                                                                                  17
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54