Page 18 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 18
.4. Ketepatan Masa
● Guru mesti mematuhi ketepatan masa untuk masuk ke kelas bagi memulakan PdPc dan
meninggalkan kelas selepas PdPc.
● Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah menandatangani jadual guru ganti dan masuk ke
kelas yang ditetapkan tepat pada masanya. Tugas sebagai guru ganti adalah sebahagian tugas rasmi
perkhidmatan.
● Semua guru wajib berada di Tapak Perhimpunan semasa perhimpunan sekolah pada jam 7.15 pagi
sebelum perhimpunan bermula.
● Guru Tingkatan / Penyelaras tingkatan mesti memastikan kehadiran pelajar diambil setiap hari selepas
perhimpunan. Data kehadiran mesti diisikan oleh guru tingkatan dalam Sistem APDM sebelum pukul
9.00 pagi.
● Ketepatan masa menghadiri sebarang mesyuarat atau majlis mesti dipatuhi.
5. Fail Rekod Mengajar
● Setiap guru wajib melengkapkan ERPH di dalam Google Classroom Guru. Semua butiran di
lengkapkan seperti yang dikehendaki oleh Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil.
256.
● 1Perancangan PdPc mesti dibuat untuk setiap hari dan hendaklah dihantar/turn in pada setiap hari
Jumaat sebelum pukul 2.00 petang untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong
Kanan/GKMP.
6. Penggunaan Peralatan Pejabat
● Penggunaan alatan pejabat hanya untuk urusan rasmi sahaja.
● Semua peralatan yang diambil keluar dari pejabat perlu direkodkan dalam Buku Rekod Pergerakan /
Stok pejabat .
● 14.3 Bahan untuk difotostat atau riso perlu dihantar ke pejabat 3 hari sebelum tarikh yang
diperlukan. (Bahan akan difotostat mengikut giliran). Slip kebenaran fotostat atau riso mesti
ditandatangani oleh Pengetua/PK Pentadbiran.
7. Bilik Guru
● Semua guru bertanggungjawab tentang kebersihan, susunan dan suasana bilik guru. Jawatankuasa
Kelab Guru adalah dikehendaki mengambil inisiatif yang positif dalam hal ini.
● Pastikan makanan yang dibawa masuk ke dalam bilik guru disimpan dengan baik. Sisa makanan,
beg plastik dan bungkusan makanan serta minuman tidak boleh dibuang ke dalam bakul sampah di
dalam bilik guru (untuk mengelakkan ular, tikus & kucing masuk ke dalam bilik guru) .
8. Pembelian Barang / Alatan
● Semua pesanan bahan dan peralatan mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih
dahulu (mesti mengisi nota minta).
● Pembelian / perbelanjaan tanpa kebenaran tidak akan dibayar balik.
● Semua pesanan mesti disokong dengan kertas kerja dan dibuat melalui nota minta dan borang
pesanan tempatan.
● Semua pembelian mesti direkodkan dalam kad stok.
9. Surat Menyurat
● Semua surat rasmi mesti ada nombor rujukan fail (rujuk Pembantu Tadbir) dan mestilah melalui
Pengetua untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.
10. Kutipan Sumbangan Persatuan /Kelab / kelas
● Persatuan / kelab / kelas dan badan lain tidak dibenarkan mengutip sebarang sumbangan tanpa
kebenaran Pengetua.
● Semua murid yang membuat kutipan mestilah menyerahkan kepada guru kelas / guru penasihat
pada hari kutipan dibuat.
● Semua kutipan bayaran tambahan / sumbangan PIBG mesti diserahkan kepada pembantu tadbir/
bendahari PIBG pada hari kutipan dibuat.
P16

