Page 21 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 21

●  Membaca buku / akhbar/ SMS/ mengguna telefon bimbit / melayari internet (bukan untuk tujuan PdPc)
                       juga tidak dibenarkan.
                   ●  Tidak boleh meninggalkan bilik darjah ketika PdPc berlangsung. Untuk kes kecemasan, mesti
                       memaklumkan kepada guru di kelas sebelah untuk menjaga kelas berkenaan.
                   ●  Merekodkan kedatangan murid serta segala salahlaku murid termasuk tidak membawa buku dan tidak
                       membuat latihan/ kerja rumah dalam Fail Kawalan Kelas.

               2. Hasil Kerja Murid

                  ●    Murid diberikan latihan/kerja rumah bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan mereka dan
                       sekurang-kurangnya 60% adalah soalan KBAT.
                  ●    Semua hasil kerja murid hendaklah ditanda dan dikembalikan kepada murid selewat-lewatnya dalam
                       tempoh masa seminggu.
                  ●    Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia akan memantau Penyemakan
                       hasil kerja murid dari semasa ke semasa.
                  ●    Guru-guru perlu memastikan murid membuat latihan-latihan yang diberi dan rekod penghantaran hasil
                       kerja murid perlu disediakan.
                  ●    Guru perlu mengambil tindakan terhadap murid yang gagal menghantar latihan/kerja kursus/folio dan
                       tugasan yang diberikan.





                           PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN DAN SALAH LAKU MURID DI
                                                         DALAM KELAS

               1.  Murid yang datang lewat iaitu pada/selepas 7.45 pagi hendaklah mendapatkan slip kebenaran masuk ke
                  kelas daripada Pengetua/Penolong Kanan HEM dan menyerahkan slip tersebut kepada guru mata pelajaran
                  waktu tersebut untuk dikepil pada Fail Kawalan Kelas.
               2.   Guru mata pelajaran mesti mencatat nama murid yang ponteng kelas dalam Fail Kawalan Kelas.
               3.   Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa sebab yang munasabah (termasuk ke tandas). Dua orang
                  murid sahaja dibenarkan keluar pada setiap masa dan diwajibkan memakai Pas Keluar.





                              PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM

               1.   Semua guru penasihat hendaklah menjalankan aktiviti kokurikulum dengan cekap dan teratur.
               2.   Semua aktiviti kokurikulum wajib di bawah pengawasan guru penasihat. Sekiranya ada kes kecemasan,
                  murid hanya dibenarkan pulang bersama ibu bapa dengan kebenaran PK Kokurikulum dan dicatat di dalam
                  buku rekod  ketidakhadiran aktiviti ko kurikulum.
               3.  Semua aktiviti kokurikulum/sukan di luar sekolah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.
               4.  Semua guru penasihat wajib memastikan kehadiran murid direkodkan di dalam buku laporan aktiviti
                  kokurikulum setiap kali perjumpaan.

                                    Jalankan Segala Tugas Dengan Penuh Iltizam Dan Tanggungjawab









                                                           P19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26