Page 19 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 19

11. Pelawat
                     ●  Semua pelawat termasuk ibu bapa muridyang berurusan dengan guru, diwajibkan mendapat
                         kebenaran daripada pihak pentadbir.
                     ●  Jurujual tidak dibenarkan berjumpa dengan guru tanpa kebenaran Pengetua.


                                            PANDUAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

               1. Waktu Bertugas : 7:00 pagi – 3:00 petang

                   ●  Guru bertugas perlu berada di sekolah pada jam 7:00 pagi untuk memastikan keselamatan dan disiplin
                       murid-murid serta memantau pelaksanaan Program DEAR (7:00 - 7:20 pagi).
                   ●  Pada setiap pagi, *dua orang guru bertugas dikehendaki berada di tapak perhimpunan sebelum
                       perhimpunan rasmi bermula pada 7.00 pagi dan membantu guru disiplin mengawal disiplin murid.
                       Seorang guru lagi perlu bertugas di pintu besar sekolah.
                       * tertakluk kepada perubahan bergantung kepada situasi semasa
                   ●  Pada minggu ke 3 setiap bulan, seorang guru bertugas mesti menjalankan Program 5 minit
                       Antidadah semasa perhimpunan pagi.
                   ●  Guru bertugas yang tidak dapat menjalankan tugas mesti memaklumkan kepada PKP/PK HEM.

               2. Jadual Perhimpunan

                       Hari                       Jenis Perhimpunan
                   Isnin        DEAR/Rasmi (BM – Minggu 1,3,4,5, BI – Minggu 2)
                   Selasa       DEAR/Sesi Ibadat / Program Mentor Mentee
                   Rabu         DEAR/5 Minit Anti Dadah (Minggu 3)
                   Khamis       DEAR/MBMMBI
                   Jumaat       DEAR/Sahsiah/Disiplin (Penerapan Nilai Murni)

               3. Perhimpunan Rasmi

                   Guru bertugas perlu:
                    ●  Memastikan peralatan siaraya berfungsi.
                    ●  Memulakan perhimpunan pada jam 7.15 pagi selepas memberi taklimat kepada pengawas yang
                       bertugas.
                    ●  Memastikan kerusi untuk guru disusun sebelum perhimpunan bermula dan disimpan selepas
                       perhimpunan tamat.
                    ●  Semua pengumuman perlu dibuat oleh pengawas yang bertugas sebelum ucapan pengetua.
                    ●  Menyelaraskan aturcara perhimpunan jika ada penyampaian hadiah.
                    ●  Ucapan pengetua dicatat dalam Buku Khas Rekod Ucapan Pengetua yang tersedia di pejabat.

               4. Atur Cara Perhimpunan Rasmi

                  Guru bertugas perlu:
                    ●  Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah
                    ●  Lafaz Rukun Negara, Visi dan Misi Sekolah
                    ●  Pengumuman
                    ●  Laporan Guru bertugas minggu sebelumnya
                    ●  Persembahan/Aktiviti/Penyampaian Hadiah/Sijil
                    ●  Ucapan Pengetua/ Pihak Pentadbir







                                                           P17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24