Page 20 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 20

5. Pemeriksaan Kawasan Sekolah

                   Guru bertugas perlu:
                   ●  Memantau kebersihan kawasan sekolah, kelas, bilik-bilik khas, makmal dan tandas.
                   ●  Memastikan semua bilik darjah telah dikunci selepas waktu persekolahan dan mengambil tindakan
                        yang sewajarnya jika murid tidak berbuat sedemikian.
                   ●  Laporkan sebarang kerosakan di dalam Buku Laporan Kerosakan dan Penyelenggaraan dan
                       maklum kepada pihak pentadbir sekolah.

               6. Pemeriksaan Kantin Sekolah

                   Guru bertugas perlu:
                   ●  Berada di kantin semasa waktu rehat.
                   ●  Mengawasi supaya murid mengikut peraturan.
                   ●  Seorang guru kantin juga mesti berada di kantin semasa waktu rehat.

               7. Laporan Guru Bertugas

                   Guru bertugas perlu:
                   ●  Menulis laporan harian dalam Buku Laporan Guru Bertugas.




                        PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


               1. Tindakan semua guru mata pelajaran

                   ●  Persediaan yang rapi hendaklah dibuat sebelum PdPc dijalankan.
                   ●  Guru mesti memastikan murid masuk / keluar kelas dengan tertib.
                   ●  Mengucap salam kepada murid-murid dan memastikan semua murid membalas ucapan salam guru.
                   ●  Mengisi buku kawalan kelas dan nama murid yang keluar kelas atas urusan rasmi atau balik awal
                       hendaklah dicatat dalam Fail Kawalan Kelas.
                   ●  Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kerusi dan meja teratur sebelum memulakan Pdpc.
                   ●  Memastikan murid berdisiplin dan bersedia untuk pembelajaran serta senyap sebelum guru memulakan
                       proses PdPc.
                   ●  Sentiasa mengawal kelas dan memberi teguran serta merta kepada murid yang membuat kesalahan dan
                       mengambil tindakan yang sewajarnya.
                   ●  Prihatin terhadap sikap dan tingkah laku murid. Murid perlu bersopan dan beradab semasa berinteraksi
                       dengan guru dan murid-murid lain.
                   ●  Memberi nasihat, motivasi atau mengambil tindakan terhadap murid-murid yang tidak mematuhi
                       peraturan kelas.
                   ●  Menulis Tema/Tajuk dan Objektif di atas papan putih dan memaksimakan penggunaan parking lot.
                   ●  Mengajar dan mendidik dengan bersungguh-sungguh serta menggunakan pelbagai kaedah PdPc
                       termasuk PdPc Abad ke 21 (berpusatkan murid) untuk menarik minat murid-murid.
                   ●  Berdiri semasa mengajar kecuali atas sebab-sebab kesihatan.
                   ●  Merumuskan PdPc dan memastikan objektif pembelajaran tercapai dan menilai keberkesanan PdPc.
                   ●  Memberi latihan kelas (PdPc berpusatkan murid), meronda dan membimbing ketika membuat latihan
                       kelas.
                   ●  Memberi kerja rumah atau latihan pengukuhan yang bersesuaian.
                   ●  Menyemak tugasan murid-murid di bilik guru atau di rumah, memberi komen dan galakan serta
                       menyimpan rekod penghantaran latihan murid-murid.
                   ●  Semasa di dalam kelas, kerja-kerja pemeriksaan buku latihan / kertas peperiksaan tidak dibenarkan
                       kecuali dengan maksud dan tujuan menerangkan kesalahan semasa pembetulan.

                                                           P18
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25