Page 10 - BUKU M'RAT AGUNG PIBG KE 35
P. 10
UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG (TUAN HAJI JELANI BIN SULONG)
PEGAWAI PENDIDKAN DAERAH KUALA TERENGGANU
2.1 Tuan Haji Jelani bin Sulong mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran semua.
2.2 Tuan Haji Jelani bin Sulong mengharapkan anak-anak di SK Pulau Rusa akan
lebih cemerlang pada tahun 2019 dengan penglibatan PIBKS (Persatuan Ibu Bapa
& Komuniti Swasta) yang akan membuka peluang kecemerlangan anak didik di
SK Pulau Rusa. Beliau sekali lagi menegaskan melalui jaringan kerjasama antara
PIBG, PIBK dan PIBKS, SK Pulau Rusa akan lebih cemerlang melalui program-
program yang memberi impak ke arah pencapaian murid dan sekolah.
2.3 Tuan Haji Jelani bin Sulong mengingatkan ibu bapa agar memberi ilmu yang
sebaiknya kepada anak-anak kerana ia dapat menjamin kejayaan dalam
kehidupan berbanding harta yang ditinggalkan.
2.4 Bagi menjamin pembelajaran yang menyeronokkan, Tuan Haji Jelani bin Sulong
menekankan agar guru-guru berbincang berdasarkan konsep Komuniti
Pembelajaran Profesional atau lebih dikenali sebagai Professional Learning
Community (PLC). PLC ialah satu proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai
pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran
(PdPc) di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan
minat yang mendalam ke atas diri setiap murid secara keseluruhannya.
2.5 Tuan Haji Jelani bin Sulong memaklumkan kepada ibu bapa bahawa Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menggariskan bermula tahun 2019 Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) akan diperkukuhkan kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di
semua sekolah rendah dengan tumpuan kepada kaedah pembelajaran secara
didik hibur dan berteraskan pelajar.
2.6 Tuan Haji Jelani bin Sulong mengakhiri ucapan dengan mengharapkan ibu bapa
yang menghantar anak ke Pra Sekolah agar memberi sokongan kepada setiap
program yang dijalankan di sekolah dan beliau berharap PIBG SK Pulau Rusa
akan terus cemerlang.
10

