Page 9 - BUKU M'RAT AGUNG PIBG KE 35
P. 9
1.4 Yang Dipertua juga memaklumkan bahawa PIBG telah menyumbangkan sedikit
peruntukan untuk membiayai projek menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah dan
sekarang ini guru-guru sedang mempersiapkan ruang interaktif dengan bahan-
bahan pembelajaran ‘QR Code’ dan juga dengan manfaat teknologi ‘green screen’
sebagai pelengkap TV SK Pulau Rusa dan beliau berharap semoga ianya akan
meningkatkan kecemerlangan murid SK Pulau Rusa dari masa ke semasa.
1.5 Yang Dipertua juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Wan Zakaria bin
Wan Ahmad yang akan menyumbangkan pendingin hawa bagi kegunaan Pusat
Sumber Sekolah dan Dewan Ilmiah SK Pulau Rusa. Sebarang kepakaran lain dari
ibu bapa juga amat dialu-alukan untuk membantu pengurusan sekolah dari
pelbagai aspek.
1.6 Yang Dipertua berharap hasrat KPM untuk mengatasi masalah ketidakhadiran
pelajar ke sekolah kerana ponteng mendapat kerjasama daripada semua penjaga.
Dengan bantuan dan sokongan semua pihak, gejala sosial yang menyalahi
undang-undang dapat dibendung. Beliau amat berharap agar semua pihak
memandang serius tentang isu ketidakhadiran atau ponteng sekolah ini.
Alhamdulillah pada tahun 2018 tiada kes ponteng berlaku di SK Pulau Rusa.
Biasanya pelajar yang tidak hadir adalah disebabkan oleh faktor kesihatan. Oleh
itu, ibu bapa hendaklah memastikan pencegahan awal dapat dilakukan apabila
melihat anak-anak kurang sihat dengan membawa mereka ke klinik. Mereka juga
hendaklah dibekalkan dengan air masak yang secukupnya.
1.7 Yang Dipertua sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Jelani bin
Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu yang sudi hadir ke
mesyuarat agung PIBG SK Pulau Rusa pada kali ini dan juga kepada guru-guru
yang menabur jasa dalam mendidik anak-anak di SK Pulau Rusa.
9

