Page 8 - BUKU M'RAT AGUNG PIBG KE 35
P. 8
Laporan Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke 34
Tarikh : 23 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Ilmiah SK Pulau Rusa
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (YM TN HJ SHIKH BADRUDDEN BIN SHIKH
ISMAIL)
1.1 Yang Dipertua memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada
semua ibu bapa yang hadir dan juga kepada Tuan Haji Jelani bin Sulong yang sudi
hadir walaupun banyak sekolah yang mengadakan mesyuarat agung PIBG pada
hari ini.
1.2 Yang Dipertua turut memaklumkan kehadiran ibu bapa amat memuaskan kerana
jumlah murid SK Pulau Rusa yang tidak begitu ramai iaitu 231 orang sahaja dari
150 kelurga.
1.3 Yang Dipertua memaklumkan bagi murid Tahap 1, tiada peperiksaan yang akan
dijalankan bermula tahun ini. Penekanan adalah kepada sistem pembelajaran
yang lebih menyeronokkan. Beliau juga menyebut bahawa pelajar Tahap 1
haruslah merasakan keseronokan untuk datang ke sekolah kerana apabila mereka
di Tahap 2 nanti barulah senang untuk diberi penekanan kepada pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc).
8

